Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Bintang K-Pop, Sulli ditemui mati di kediamannya di pinggir Seoul, semalam selepas berdepan masalah depresi.

Bekas anggota kumpulan f(x) itu dilaporkan tertekan dengan komen melampau diterimanya menerusi sosial media sebelum ini.

Polis dalam satu kenyataan berkata, artis berusia 25 tahun itu mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Bagaimanapun punca kematian sebenar Sulli masih disiasat.

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri turut dikenali kerana lantang memperjuangkan hak asasi wanita selepas sekian lama menjadi mangsa buli dan gangguan dalam talian.

Beliau mula menyertai kumpulan f(x) pada 2009 dan menjadi antara artis K-pop wanita ternama dunia.

Sulli pernah berundur seketika dari dunia seni pada 2014 selepas bergelut dengan masalah buli-siber.

Mendiang jugam meninggalkan kumpulan f(x) setahun kemudian untuk menceburi bidang lakonan.

Sulli juga dilaporkan pernah meminta bantuan daripada syarikat pengurusannya, SM Entertainment kerana sudah tidak tahan berdepan dengan komen negatif. 

Menerusi tinjauan di laman Instagram Sulli, rata-rata pengikutnya kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang sering membulinya di alam siber. 

Terdahulu, Sulli juga pernah melakukan live di Instagram memberitahu tentang masalah depresi dihadapinya sambil menangis. 

Sulli turut membuat pengakuan hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura gembira di hadapan semua orang.

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

SGMS Faida