Asyik Kena Kecam, Haqiem Rusli Tak Kisah Dah

Serba tak kena saja apa yang dibuat penyanyi sorang ni. Sering menjadi mangsa kecaman netizen, penyanyi Haqiem Rusli enggan ambil pusing lagi.

Penyanyi berusia 20 tahun ini sekali lagi mencetuskan kekecohan di laman sosial selepas insiden ‘merampas’ mikrofon di program I Can See Your Voice Malaysia.

“ Saya ambil pendekatan positif dan tidak nak ambil kisah dah dengan kecaman netizen.

“ Saya sudah tak kisah dan lali dengan kecaman kerana pernah kena lebih teruk sebelum ini. Lebih baik saya berfikiran positif,” katanya kepada BH Online.

Namun begitu, penyanyi Tergantung Sepi ini sedikit hairan tentang cara layanan peminat di msdia sosial dan sewaktu di luar.

“ Bila saya buat persembahan, ramai saja yang bersorak. Lain pula di laman sosial, asyik kena kecam.

“Saya tunggu juga waktu mereka yang tak suka dengan saya datang dan meluahkan apa yang terbuku di hati.

“ Saya nak tahu mengapa mereka begitu membenci hingga saya selalu dihentam di laman sosial,” akhirinya.

Sabarlah ya Haqiem Rusli…

SGMS Faida