Hiburan By: Salma Syahbuddin January 10, 2018 @ 8:08am

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Wow! jarang sekali kita mendengar pelakon berbakat besar seperti Beto Kusyairy bersuara mengenai industri hiburan tanah air. Namun, kali ini Beto sedikit berbunyi apabila dia melihat drama ataupun filem melayu sekarang ini masih terikat dengan jalan cerita dan konsep yang sama. 

Beto melahirkan rasa bosan dengan skrip dan sinopsis yang sama berulang kali. Namun, sebagai seorang pelakon dan juga artis, golongan ini hanya mampu mengikut kehendak produser bagi menampung kehidupan masing-masing. Kenapa agaknya isu ini terjadi? Adakah idea dan kreativiti para pengarah semakin tandus? Dan, adakah disebabkan isu ini terjadi, ramai peminat cerita melayu sudah beralih arah kepada drama-drama ataupun filem Korea, Japan dan Indonesia yang menyajikan cerita-cerita pelbagai genre?

 

“Tak sudah-sudah dengan kisah cinta berlainan taraf dan kahwin paksa untuk gabung atau selamatkan empayar perniagaan ini. Sampai bila kita nak duduk di takuk ini? Inikah yang majoriti penonton kita nak? Skrip dan sinopsis yang ditawarkan asyik pusing benda sama, nama watak dan bisnes sahaja yang lain. Boring gila!”

“Konsep demand & supply? Cinta sweet-sweet yang jauh dari realiti. Hidup kita ini memang dengan fantasi dongeng semata saja ke? Isu pokok di sini adalah content. Content is the king!”ujar Beto.

Seterusnya, persoalan yang ditimbulkan oleh Beto ini akhirnya mendapat perhatian ramai rakan artis yang lain termasuklah para peminat beliau sendiri.

Memang agak menyedihkan apabila, ada segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap industri perfileman negara yang sudah agak ketandusan idea. Malah, idea yang sama itu akan di ‘kitar semula’ untuk menghasilkan cerita baru tetapi konsep dan isinya tetap sama. Namun, selagi cerita dan filem sebegini masih mendapat sambutan maka, selama itulah drama dan filem ini masih akan ditayangkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Featured Mon, 15 Jan 2024
Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶

Events Sat, 14 May 2022
Featured Fri, 8 Oct 2021

Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri

Kerajaan mengumumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilakukan apabila rentas negeri dibenarkan dalam beberapa hari lagi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

SUDAH GIVE UP, KENAPA DENGAN ELYANA?

Disebabkan video pendek yang mengandungi beberapa quotes dalam bahasa inggeris itu, ramai peminatnya tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau agar terus kuat dan sihat

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Fri, 4 Nov 2022