Featured By: Maya Basir January 17, 2023 @ 5:12pm

Avaa Vanja Tarik Laporan Dakwaan Bekas Suami Mendera Gara-Gara…

Pelakon Avaa Vanja memilih untuk menarik semula laporan terhadap bekas suaminya, Amil Sulaiman berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga sebelum ini.

Memetik laporan mStar, Avaa atau nama sebenar Avaa Vanja Mohamad Ramli, 43, memberitahu tindakan yang diambil adalah disebabkan dia sering dibelenggu rasa bersalah dan tidak tenang.

“Sepanjang dua minggu ini hati saya tidak tenang. Saya diserang anxiety kerana asyik memikirkan hal ini. Saya takut dia (bekas suami) boleh dikenakan hukuman penjara kalau disabitkan kesalahan.

“Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya.

“Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Avaa hadir ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur untuk menarik semula laporan dibuat dengan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Memandangkan kes tersebut melibatkan penderaan dan keganasan rumah tangga, Avaa memberitahu timbalan pendakwa raya berhak untuk meneruskan perbicaraan.

“Jika perbicaraan diteruskan, saya tiada masalah untuk beri kenyataan. Malah laporan yang saya buat selama ini pun betul cuma bagi di pihak saya kes ini selesai kerana laporan ditarik semula.

“Apa yang berlaku pada masa akan datang saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Negara kita juga ada undang-undang. Semoga dia juga diberikan hidayah Allah,” jelasnya.

Untuk rekod, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022.

Pada Oktober 2021, Avaa membuat laporan polis berhubung penderaan yang dilakukan Amil terhadapnya dan anak mereka.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kami Saling Memerlukan, Iqbal Luah Rasa Terhadap Dato Vida?

Saya juga ingin lihat anak-anaknya (Cik B dan Kacak) jadi lebih hebat dan membalas jasa pertaruhan nyawa ibunya. Saya ingin lihat Dato Sri Vida tenang dan bahagia selamanya,” tulisnya penuh bermakna.

Kisah Viral Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Saya tak mahu pisahkan anak-anak dengan bapa mereka, kalau ada masalah beritahu – Bekas Menantu Zainal Abidin

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Pematah Hati Gagal Ke Semi Final Muzik-Muzik 33

Siapa yang tidak sedih bila lagu yang mempopularkan dirinya tidak berjaya ke Semi Final Muzik Muzik 33