Ayda Jebat ‘Geli’ Panggil Sayang?

Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat pernah berganding dengan ramai aktor terkenal menerusi drama lakonannya. 

Namun untuk penggambaran drama Cinta Bukan Kristal, Ayda Jebat akui  sedikit janggal apabila dia ‘geli’ ketika menyebut panggilan sayang kepada aktor, Shaarnaz Ahmad.

“ Dia merupakan best brother yang saya ada, macam abang sendiri. Watak Aryana pula memerlukan saya memanggil dia sayang. Memang geli betul pada mulanya.

“ Sebaik habis saja satu babak, kami memang akan gelak besar di set. Bagi saya, watak Aryana yang perlukan saya memanggil Shaarnaz sayang merupakan benda paling mencabar dalam Cinta Bukan Kristal,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, Ayda memberitahu dia pernah bergandingan dengan Shaarnaz Ahmad lebih daripada dua drama sebelum ini.

“ Tiada masalah untuk bekerja dengan dia, sangat fun. Kami juga guna pendekatan untuk kurangkan bersentuhan.

“ Tak ada langsung babak peluk atau bersentuhan tapi boleh dikatakan saya boleh kira berapa kali sahaja saya pegang tangan Sharnaaz dalam drama itu.

“ Penonton zaman sekarang dah bijak. Walaupun tak pegang, mereka dapat ‘tangkap’ dan faham maksudnya,” katanya.

Drama bersiri itu sudah ditayangkan sejak 8 Ogos lalu menerusi saluran Akasia TV3 pukul 7 malam.

 

 

SGMS Faida