Ayda Jebat Sensitif Perut Disentuh Individu Tak Dikenali, Serba Salah Nak Tegur – “Faham Kadang-Kadang Excited Tapi…”

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa tidak selesa apabila ada segelintir individu yang menyentuh perutnya ketika bertemu atau bergambar.

Menurut Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat yang sedang hamil lebih tujuh  bulan itu berkata, dia berasa tidak selesa apabila berdepan situasi tersebut kerana menyifatkan ia sangat sensitif bagi ibu hamil.

“Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?

“Saya minta maaf.. saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah pregnant ni sensetive dia lain sikit bila kakak-kakak or makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya di Instagram.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati ini lagi, dia juga berasa serba salah untuk menegur tindakan individu-individu tersebut, malah berharap mereka memahami situasi dan cukup sekadar mendoakan.

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata. Faham kadang-kadang acik excited.. tapi..Harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai.

“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak..’ Sis muka dah petak. Korang rasa macam mana ya?,” jelasnya lagi.

Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu dijangkakan bakal melahirkan bayi kedua pada Disember ini.

Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 januari 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Saya Sangat Sedih” – Hamil Anak Kedua, Ayda Jebat Alami Alahan Tak Boleh Minum Air…

ARTIKEL BERKAITAN: “70 Peratus Semua Nabil Buat, Saya 30 Peratus Je” – Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Hamil Cahaya Mata Kedua

Khairil Khusyairi