Hiburan By: SGMS Faida May 17, 2019 @ 10:24am

‘Ayden Akan Sentiasa Jadi Cahaya Hidup Kami’- Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Sayu

“Dengan segala ujian dan dugaan, ‘benda’ terbaik Allah kurniakan ialah cucu kami, sangat berharga,” tulis ibu penyanyi Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil di laman Instagram, lewat malam tadi.

Kata-kata itu dipercayai merujuk kepada cucunya, Mohamad Ayden Adrean selepas berlakunya penceraian antara Aliff dan Bella Astilah semalam.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun kita tidak dapat melihat anda membesar pada masa akan datang.

“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.

“Apa pun yang akan diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” tulisnya lagi.

Dalam status sama, Hafiza turut memuat naik foto cucunya yang kini berusia dua tahun itu berserta tanda pagar #tiadatalakantaraayahdananak #tiadatalakantaracucudanatoksertaninda #allahknowsbest #redhadantawakkal

Bagi Hafiza, tiada istilah ‘talak’ antara anak dan ayah, dan juga dengan nenek dan datuk.

Semalam, Aliff melafazkan cerai talak satu ke atas Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Bella memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun

Featured Tue, 8 Mar 2022

“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Semakin handal Queen kita bertiktok. Agak-agak tiktokers risau kenapa tu ya..? 🤭😜

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Tahniah! Rea Kool FM Nikah 18 November

ambah Rea atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad segala persiapan kahwin yang berbaki dua bulan lagi telah selesai.

Events Tue, 12 Feb 2019

Netizen Puji Tindakan Beby Maembong, Lelaki Juga Boleh Pakai Bengkung Ya!

Kalau nak tahu, Beby sebenarnya mempunyai ukuran pinggang sama seperti Allahyarham Saloma tau!

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

| Live TV