Hiburan By: Khairil Khusyairi September 14, 2022 @ 9:17pm

Aziz Harun Tampil Dengan Single Baharu, Serlah Sisi Matang Dalam Nyanyian

Penyanyi popular kelahiran Brunei, Aziz Harun kini tampil dengan single baharu berjudul Hanya Mahukan Bye ciptaan komposer terkenal, Romeo, Mike Chan dan Faizal Tahir di bawah label Faithful Music.

Aziz yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni berjaya menawan hati peminat di negaranya mahupun di Malaysia dengan mempertaruhkan buah tangan baharu yang unik, sekali gus mempamerkan kematangan dalam karier nyanyiannya.

“Hanya Mahukan Bye adalah lagu pertama saya yang berbeza secara total daripada segi genre, konsep dan segala-galanya. Walaupun pada peringkat permulaan lagu ini ditulis mengikut kemampuan dan genre yang biasa saya bawakan seperti elemen akustik, piano dan gitar, tapi saya fikir sudah tiba masanya untuk saya keluar daripada zon selesa.

“Jadi Mike Chan tampilkan dengan konsep muzik elektronik dan saya begitu terkejut apabila mendengarnya. Namun selepas beberapa hari saya mendengar susunan lagu ini ternyata lagu ini sangat istimewa sebab ada muzik elektronik yang saya sendiri tak pernah teroka dalam mana-mana lagu nyanyian saya.

“Malah menerusi lagu ini tiada langsung bunyi gitar atau piano yang sebati dalam setiap lagu-lagu saya. Malah mesej Hanya Mahukan Bye juga sangat berbeza dan boleh dikatakan agak toksik apabila menceritakan kisah lelaki yang tidak mahu berubah, suka mempermainkan hati wanita sehingga termakan dengan kata-kata pujian yang diungkapkan,” jelas jejaka berusia 24 tahun ini.

Selain menyifatkan lagu Hanya Mahukan Bye sebagai karya yang ‘dark’ dan matang, Aziz juga mengaku berdepan kesukaran sewaktu menjalani proses rakaman.

“‘Key’ lagu ini sangat tinggi untuk saya bawa dan muzik elektronik ini kena ada kelainan. Kalau saya menyanyi mengikut ‘key’ yang saya selesa mungkin penghayatannya tidak sampai kepada jiwa pendengar.

“Saya anggap lagu ini adalah proses eksperimen untuk saya tonjolkan sisi kematangan sebagai penyanyi. Walaupun lagu ini tidak mudah untuk dibawakan, tapi demi beri kelainan kepada peminat saya cuba rakamkan lagu ini dengan sehabis baik,” katanya.

Biarpun memiliki pengaruh luar biasa dan lagu-lagu nyanyiannya meraih jutaan tontonan di YouTube, Aziz mengaku masih memiliki impian besar ingin dicapai.

“Perjalanan selama lapan tahun ini masih baru dan tak sangka sejak kemunculan saya pada tahun 2014 menerusi lagu Senyum saya masih dapat bertahan sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya ada banyak lagi karya baru yang ingin saya teroka dan berikan kepada peminat. Saya juga gembira apabila melihat industri nyanyian di Malaysia semakin berkembang dengan kehadiran pendatang baharu, ujar Aziz.

Hanya Mahukan Bye sudah boleh didengarkan di semua platform digital bermula 12 September manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Faithful.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Nov 2018
Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]

Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

error: Content is protected !!