Pelakon Harris Annuar telah bergelar bapa apabila isterinya, Asha Merican selamat melahirkan anak sulung mereka pada malam semalam.
Menerusi perkongsian Harris di Instagram, dia menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
Pada hantaran tersebut, Harris turut berkongsi nama puterinya itu kepada umum iaitu Aura Medina binti Mohd Harris.
Malah, Harris sempat bergurau dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil
“11.51PM, 26/3/23, 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris. 2.76KG Baby lato lato @ashamerican,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Malah, Harris dan Asha juga telah membuka akaun Instagram untuk puteri sulungnya itu dengan nama @aura.medina
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Artikel Berkaitan: “Apa You Buat Ni… Ya Allah” – Lain Macam! Harris Annuar Kongsi Asha Merican Mengidam Makan Sabun
Artikel Berkaitan: Cari Banyak Kedai Tak Jumpa, Isteri Harris Anuar Mengidam Main Lato-Lato Pula
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Anak Pertama, Asha Merican Suka Bau Simen Dinding – “Maybe Anak Dia Nanti Contractor”
Artikel Berkaitan: Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG