Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2022 @ 7:00pm

Baby Shima Teringin Jadi Model Seluar & Baju Dalam? – “Sampai Hati Tak Ambil Shima, Cemburulah Tengok…”

Penyanyi kontroversi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman dalam kalangan warganet selepas memuat naik status mahu menjadi model pakaian dalam sebuah jenama terkenal antarabangsa, Calvin Klein.

Ia dimuat naik Shima menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“Hey @calvinklein!! Sampai hati tak ambil shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni!!

“Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat dorang.. ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) nak try juga mana tau dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya.

Muat naik tersebut sekaligus menimbulkan rasa kurang senang warganet yang rata-rata mendakwa penyanyi ini tidak layak untuk mendapat tawaran sedemikian memandangkan dirinya selalu terpalit dengan kontroversi yang didakwa sebagai murahan.

Namun, ada juga warganet yang menyifatkan kenyataan Baby Shima itu hanyalah bersifat sarkastik memandangkan selebriti yang menerima tawaran lumayan sebegitu tidak mendapat kecaman sehebat dirinya.

Terdahulu, Baby Shima terpalit dengan kontroversi apabila hadir di Studio Nagaswara, Jakarta, Indonesia dengan pakaian yang mencolok mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Dec 2018

Bantuan Sekolah 50,000 Ringankan Beban Penduduk Lembah Pantai

Sumbangan itu dapat memberikan kelegaan dan meringankan beban kepada sebilangan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Fara Fauzana Tetap Bersemangat Mahu Ke Syria

Fara telah berlepas bersama tiga lagi sukarelawan dalam menjayakan misi ini sebelum kembali pulang ke tanah air sebelum 9 Jun nanti

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Featured Wed, 27 Jul 2022
Hiburan Fri, 12 Oct 2018
Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi […]