#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi March 17, 2023 @ 9:20pm

#BabyXTRA: Emosi ‘Rollercoaster’… Kaka Azraff Pernah Alami Kemurungan? Surah Yusof Jadi Amalan Semasa Hamil

Bergelar seorang penyanyi berjiwa rock, pelantun lagu Bukan Hal Aku milik Kaka Azraff tidak menafikan emosinya pernah terganggu selepas melahirkan anak pertama.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Kaka berkesempatan untuk menceritakan pengalaman bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

Usia kandungan ketiga kini mencecah enam bulan tidak menjadi penghalang Kaka untuk bergiat aktif di atas pentas demi menghiburkan peminatnya.

Morning Sickess Paling Teruk?

Bercerita perihal ‘morning sickness’ atau alahan yang dialami oleh para ibu, pengalaman Kaka juga tidak kurang hebatnya!

“Sebenarnya tiga-tiga teruk. Tapi seingat saya yang paling teruk sebenarnya anak sulung sebab ketika itu saya tak reti nak mengawal morning sickness saya. Malah, saya tak tahu pun mengenai perkara tu.

“Untuk anak kedua morning sickness saya teruk juga. Cuma kali ini saya dah reti untuk handle. Bila saya makan je muntah membuatkan saya jadi tak nak makan. Salah tu sebenarnya, buatkan saya jadi lagi teruk.

“Jadi saya belajar tentang diri saya semasa mengandung ni adalah saya kena tetap makan. Kalau muntah tu lepaskan saja sebab kita akan rasa lega,” ujarnya.

Emosi Seperti ‘Rollercoaster’? Syukur Suami Setia Disisi!

Selain morning sickness yang teruk, Kaka juga pernah diserang emosi mental yang tidak menentukan.. malah anak saudara kepada penyanyi rock lagenda Ella Aminuddin ini menyifatkan emosinya turun naik seperti ‘rollercoaster’!.

Walau diuji dengan pertarungan emosi, namun Kaka bersyukur suami tercintanya, Adam Azriff setia mendengar segala keluhannya sepanjang berbadan dua buat kali ketiga ini.

“Wuuu! Sangat rollercoaster ya emosi saya. Nombor tiga ini emosi saya paling mencabar sebab mungkin saya ada anak kecil dua orang. Bercampur penat, emosi tu kadang kala saya pun tak pasti tengah marah sebab penat atau lain.

“Syukurlah saya ada suami yang sangat penyabar… segala rasa emosi tu saya lepaskan pada dia. Kadang kala benda kecil pun boleh jadi angin,” jelasnya lagi.

Pernah Alami Kemurungan? Stress Rasa Terkongkong!

Penyakit mental postpartum depression ataupun kemurungan adalah perkara yang tidak asing buat ibu mengandung..

Tidak kurang juga buat pelantun lagu Gila ini pernah mengalami kemurungan, namun tidaklah begitu teruk.

Menurut Kaka, dia menghadapi perkara tersebut selepas melahirkan anak sulung, Aslan yang digambarkan seperti dikongkong dan tidak mempunyai kebebasan seperti sebelum bergelar ibu.

“Saya alami semasa anak pertama. Bukan kemurungan yang teruk, cuma rasa sedih.. Mungkin sebab itu pertama kali ada anak, jadi rasa macam semua benda biasa yang kita selalu buat, jadi tak boleh buat..

“Masa tu rasa macam tak boleh terima kenyataan.. Rasa macam terkongkong! Itu yang membuatkan emosi saya terganggu dan sikit depressed. Tapi, bila dah masuk anak kedua ni saya dah mula faham.. Inilah tanggungjawab saya sebagai ibu,” ujarnya.

Tabiat Pelik Kaka Semasa Mengandung? Tak Ada Inspirasi!

Mengidam, tabiat pelik itu perkara sinonim dengan ibu mengandung. Namun buat Kaka, dia menceritakan sepanjang mengandung anak ketiga ini tiada mengidam perkara pelik.

Sebagai anak seni dan penghibur, Kaka berkata dia tiada inspirasi untuk membuat lagu, menyanyi atau merakam lagu… tidak seperti kandungannya sebelum ini yang mampu mengeluarkan dua lagu walaupun semasa hamil.

“Kali ini tabiat pelik tak ada. Cuma saya tak ada inspirasi dalam muzik. Saya ingat kehamilan kali ini nak masuk studio rakam banyak lagu tapi tak ada mood. Saya tak nak menyanyi, rasa macam tiada idea langsung.. blank!

“Sebelum ni saya rekod lama Gila dan Hilang semasa mengadung.. Tapi kali ini rasa macam tak nak. Saya fikir mungkin baby nak saya berehat, ambil masa yang ada untuk bersantai.. Refresh semula kreativiti saya sebab selalunya saya terlalu memaksa diri,” jelasnya.

Suka Amal Doa Surah Yusof & Makanan Sunnah!

Kaka yang kini sedang hamil anak lelaki berkata dia banyak menghabiskan masa melakukan amalan-amalan sunnah.. Antaranya membaca doa kegemaran para ibu iaitu Surah Yusof dan suka makan buah kurma.

“Saya suka dengar dan baca suray Yusof.. Setiap pregnancy, saya akan banyak berdoa.. Hari-hari minta doa dari Allah SWT untuk bagi yang terbaik. Selain dari itu, saya juga banyak amalkan makanan sunnah seperti kurma.

“Tapi untuk semua pregnancy, saya memang gila buah avocado.. kali ini suka sangat makan kurma,” katanya.

Berpantang Moden Atau Tradisional? Kaka Pilih Mix!

Zaman serba gah dan canggih ini, setengah para ibu mempunyai stigma mereka tentang cara berpantang tradisional. Namun buat Kaka, dia lebih memilih untuk campur cara berpantang moden dan tradisional!

“Mix lah! Saya rasa macam kena ada dua-dua.. Moden dari segi perubatan, dengar nasihat doktor. Tak kurang juga nasihat orang lama dari segi pemakanan.. Tapi bergantung juga.

“Kalau saya rasa makanan tu memang berkhasiat, dan doktor kata boleh makan jadi saya makan je. Tak la macam ketat sangat..

“Apapun saya sangat hormati cara pantang tradisional. Tapi pada saya apa yang penting sebagai ibu adalah untuk kita mengenali badan sendiri. Jadi dari situ lebih mudah untuk kita menilaikan mana yang baik atau tidak pada saya,” akhirnya.

Sekadar info, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Adam Azriff pada 14 Disember 2014. Hasil perkahwinan mereka memiliki dua anak lelaki iaitu Aslan, 4, dan Aryan, 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Juliana Evans Ada Buah Hati Baharu?

Tambah ibu kepada Tengku Kamiliah Zahariah Josephine Ehsan Shah ini, aksesori keluarannya dijual pada harga mampu milik.

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

Allahu, moga proses pembedahan nanti berjalan lancar! Sama-sama kita doakan ye

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Kehadiran Aafiyah Gamatkan Majlis Hari Jadi Ala Bohemian Catriona Ross

Baru-baru ini pelakon versatil yang dikenali sebagai Catriona Ross telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 2 September 2019 di Fukuoka, Jepun berduaan dengan suaminya. Semalam, bintang jelita ini dikelilingi lebih kurang 36 orang kenalan

Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!

Featured Thu, 14 Oct 2021

Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri. Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Qistina Raisah Kongsi Pengalaman Dengan Lelaki ‘Insecure’ – “Dia Akan Kongkong You Sampai Jadi Toxic!”

Tular sebuah video yang dikongsikan pelakon Qistina Raisah di TikTok mengenai perhubungan toksik. Menerusi hantaran tersebut, Qistina berkongsi pengalaman bercinta dan turut meminta wanita di luar sana untuk mengelakkan diri bercinta dengan lelaki yang mempunyai

Trending Sun, 28 Apr 2019

#SetulusIkhlas: “Tidur Dulu. Tadi Malam Hawa Tidur Lambat. Sampai Nanti Ayah Kejut”- Pengacara Ini Dedah Sifat Penyayang Bapanya

Bak kata orang, ayah adalah cinta pertama dan role model terbaik buat anak perempuannya. 

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Janna Nick Jadi Murid Ernie Zakri?

Ernie mendedahkan, selepas dia kerap memuat naik video nyanyian di laman sosial, lebih ramai artis yang mula berminat mendapatkan khidmatnya sebagai guru vokal.

| Live TV