Featured By: Aqilah Paharuzi February 3, 2023 @ 2:40pm

#BabyXTRA: Fasha Sandha Kongsi Tips Kehamilan & Cara Suntik Keharmonian Dalam Keluarga – “Kena Selalu Cakap I Love You”

Selain dikenali sebagai pelakon berbakat besar yang sering menjadi rebutan penerbit, Fasha Sandha, 38, merupakan seorang ibu hebat kepada tiga cahaya mata.

Menerusi segmen #BabyXTRA, Fasha menceritakan pengalaman mengandung anak ketiga, Aisha Amaira Aidil yang disifatkan sebagai paling menyakitkan kerana dirinya hamil selepas usia mencecah lebih 35 tahun.

“Pada saya ketiga-tiga anak saya tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi dari segi pregnancy yang paling teruk adalah Aisha. Banyak morning sickness, cepat penat dan sangat mengah,” katanya.

Berkongsi tips mengenai kehamilan tersebut, Fasha berkata dia masih memilih untuk mengikuti cara penjagaan dari segi tradisional dan moden seperti yang disarankan oleh ibu bapanya.

“Saya masih lagi ikut apa yang ibu bapa saya beritahu contohnya macam pantang larang orang berpantang selama 44 hari seperti memakai stokin, tak boleh keluar dan sebagainya,” ujarnya.

Dari segi penjagaan makanan, Fasha berkata dia lebih memilih untuk masak sendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain seperti pembantu rumah kerana mempercayai seorang ibu lebih tahu nutrisi terbaik buat anak.

“Saya amat menjaga pemakanan yang diambil oleh anak-anak saya. Saya lebih senang untuk masak makanan buat anak-anak saya terutamanya semasa mereka sedang membesar.

“Mencecah umur enam bulan ke atas selalunya saya akan beri bubur letak carrot.. Kadang kala makan organic cereals yang khas untuk baby,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Disoal sama ada aktres Rampas Cintaku ini pernah menjadi seorang ibu yang terlalu melindungi dan mengehadkan kebebasan anak, Fasha berkata dia tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan mempercayai ibu bapa berhak untuk membuat keputusan untuk anak-anak mereka.

Berkongsi mengenai tips keharmonian dalam kekeluargaan, Fasha berkata perkara paling utama adalah untuk sentiasa berkongsi perasaan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

“Kita perlu sentiasa berkomunikasi dalam apa juga sekalipun dengan anak-anak, suami. Ada apa-apa yang tak puas hati… Hari-hari kena cakap dengan anak kita.

“Tanya perasaan anak, macam mana keadaan di sekolah.. Jadi seorang ibu yang prihatin dan mengambil berat terutamanya kepada anak-anak yang sedang meningkat umur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Apa yang saya terapkan dalam keluarga saya yang paling penting kena selalu cakap I love you. Dalam sehari banyak kali pun tak apa biar lebih lima enam kali.

“Selalu biar diorang dengar yang kita sayang pada mereka. Jangan lupa untuk cakap perkara yang menyenangkan anak-anak kita.

“Kadang-kadang ada masa anak-anak saya jadi tantrum, tapi saya sebagai ibu cara untuk menegur anak perlu lebih bertoleransi. Sekiranya mereka buat perkara yang melampaui batas, kita tegur. Ada benda yang boleh ditegur, dan ada benda yang kita kena mengalah,” ujarnya.

Sekadar info, Fasha berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan kedua ini dikurniakan seorang cahaya mata Aisha Amaira.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Nov 2022
TECH Mon, 20 Feb 2023
Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Best Ke Sajat Buat Performance?

Walaupun sibuk, Sajat sempat membawa penonton dan krew produksi melihat sendiri beliau bersiap dan bersolek. Wah, rupanya Sajat selalu membuat finishing solekannya sendiri. Bagus betul Sajat ni kan? 

Featured Thu, 29 Sep 2022
Trending Sat, 25 Jun 2022

“Dia Buat Kita Rasa Selesa Sangat” – Rasa Kehilangan, Siti Nurhaliza Kagum Dengan Adibah Noor

Siti Nurhaliza sangat terkesan dengan pemergian arwah Adibah Noor yang merupakan idolanya.

Trending Fri, 28 Feb 2020

“Ego, Cerebral Palsy Dan Keguguran”- Angkat Isu Rumah Tangga, Drama Maaf Tak Indah Main Emosi Netizen

Masalah rumah tangga dalam sesebuah perkahwinan bukan lagi sesuatu yang dikira sebagai”taboo”. Isu seperti penderaan fizikal dan mental, poligami, nafkah zahir dan batin, kesuburan merupakan antara masalah rumah tangga yang sering menjadi topik dan bualan

Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

| Live TV