Penyanyi Bad Indigo, 48, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.

Berita duka itu disahkan oleh rakan artis iaitu penyanyi Liza Hanim yang memaklumkan di media sosialnya.

“Inalillahiwainaillahirajiun, baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah,” tulisnya.

Difahamkan arwah meninggal dunia di tempat kerjanya di bengkel kereta di Ampang jam 7:30 malam.

Menjengah ke media sosial Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah itu, perkongsian terakhir dibuatnya di Instagram adalah tiga hari lepas.

Malah, Allahyarham juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran pada 13 Oktober lalu.

Untuk rekod, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.

Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Khairil Khusyairi