Featured By: Dhia Iwana July 6, 2024 @ 2:31pm

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

Penyanyi Hazama, 40, enggan mengulas lebih lanjut mengenai prinsip ‘childfree’ yang menjadi trend dalam kalangan pasangan muda yang berkahwin pada waktu ini.

Menurut pelantun lagu Di Amaran Mama ini, keputusan untuk tidak mempunyai anak atas prinsip childfree sebagai sesuatu yang merugikan kerana anak adalah pengikat kasih sayang bagi setiap perkahwinan.

“Saya tak boleh nak komen lebih-lebih, mungkin mereka yang berkahwin ini ada matlamat mereka sendiri. Tetapi secara peribadi, saya fikir sangat rugi kerana saya percaya anak itu pengikat kasih sayang dalam sesuatu rumah tangga.

“Bagi saya, kalau berkahwin dan boleh ada anak, biarlah ada anak. Nanti bila kita yang nak (anak) Allah pula tak bagi, bagaimana pula?” katanya.

@xtra_my Pandangan masing-masing tapi betulkan apa yang Hazama cakap tu, anak pengikat kasih-sayang💖.. #fyp #xtramy #childfree #anak #beritatiktok #sembangentertainment #hazama #album ♬ original sound – XTRA

Dalam pada itu, Hazama yang ditemui XTRA ketika sesi pradengar album Pujangga di Petaling Jaya semalam turut menyelar tindakan pasangan tidak bertanggungjawab mendera atau membuang anak yang diamanahkan kepada mereka.

“Ada juga yang ada anak tapi dibuang dan didera, sayang sangat sebab Tuhan bagi bukan untuk itu.

“Kadang kala bila saya dengar isu ini, saya termenung dan tertanya kenapa Tuhan bagi dekat orang macam itu.

“Patut bagi lah kepada saya yang tahu dan mahu jaga anak ini. Kita kena ingat, apa yang kita buat ada balasannya. Tanggunglah nanti kalau buat begitu,” jelas Hazama.

Sejak akhir-akhir ini, konsep kehidupan tanpa anak menjadi trend dalam kalangan pasangan muda sehingga menjadi perdebatan ramai pihak.

Selain dipercayai bagi memenuhi gaya hidup, keputusan untuk tidak memiliki anak dikatakan didorong faktor ekonomi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Fri, 8 Feb 2019
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

PERGI BERAMBUS! – UMIE AIDA

Beliau hanya mahu berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar terhadap keluarganya

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

Featured Fri, 13 May 2022