Hiburan By: Ad Ops August 12, 2018 @ 10:00am

Bahagia Bersama Isteri, Aeril Tiada Niat ‘Show Off’

Kemesraan pelakon, Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal sering mendapat pujian netizen kerana dilihat begitu manis bersama sehingga mereka dilabel ‘pasangan ideal’. Malah, kehadiran dua cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa melengkapkan lagi pasangan suami isteri ini.

Sweet betul mereka kan?

Patutlah ada segelintir pihak yang iri hati dan ‘berbulu’ melihat kebahagian Aeril dan Wawa. Biasalah, bukan semua orang turut gembira atas kebahagian orang lain.

Mungkin tindakan Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari yang agak kerap memaparkan kemesraan bersama isteri dianggap sengaja show off  tentang kebahagiaan mereka sebaliknya sekadar mahu berkongsi kenangan indah sahaja.
 
Meskipun begitu, pelakon itu berkata dia tiada niat untuk ‘show off’ kebahagian mereka. 
“Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja. Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan.” Jelas Aeril
 
 
Usia perkahwinan yang sudah memasuki tujuh tahun ini,  Aeril mengakui dia dan isterinya sudah cukup matang dalam mengawal emosi termasuklah hal rumah tangga tanpa ada rasa cemburu atau terasa hati lagi.
 
Bercerita tentang gangguan kritikan atau kecaman netizen terhadap dirinya, Aeril berkata, dia tidak pernah menganggap perkara itu sesuatu yang serius dan tidak melayan komen-komen yang sengaja mencetuskan provokasi.

“Kalau yang nak mengurat itu saya anggap mereka bergurau sahaja. Wawa pun sudah faham dan tidak cemburu.

“Manakala yang komen negatif atau marah-marah selalunya saya balas baik-baik sahaja kerana tidak guna pun kalau nak bergaduh dengan mereka.” Katanya.

Alahai  netizen,apa lah salahnya sekiranya pasangan ini mahu berkongsi kebahagian mereka.

Apapun, semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke syurga!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Hafreez Adam Dah Jumpa Keluarga Zara Zya

Dia nak terus bernikah. Saya belum terfikir ke arah itu tetapi saya pinta semua doakan agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

Featured Wed, 13 Apr 2022

Terangsang Bila Mandikan Anak… Bapa R*gol Anak Usia 7 Tahun, Akui Tersilap!

Allahuakbar… tergamak buat dekat anak sendiri macam tu!

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak […]