“Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Dilabel Tak Sedar Diri, Abby Abadi Mohon Individu ‘Bitter’ Unfollow IG

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyelar tindakan segelintir pihak yang tampil mempersoalkan kenyataannya baru-baru ini mengenai anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Katanya, ada pihak yang mengatakan sesi temu bual tersebut sebagai sampah dan tidak sedar diri.

“Berita sampah lah, tak sedar diri lah.. Tapi follow juga. Kesian orang macam ni.

“Tak payah sibuk hal orang.. duduk je diam-diam okay.

“Tak suka dengar saya jawab bila press interview saya, tapi follow buat apa,” katanya.

Perkara itu dikongsi pemilik nama penuh, Arbaiyah Abdul Manan, 46, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Mengulas lanjut, teraju utama drama Gerak Khas ini menegaskan bahawa, dia tidak pernah menyebelahi tindakan anaknya sebaliknya mahu Marissa belajar menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri.

Justeru, Abby sempat menitipkan pesan agar individu atau mana-mana pihak yang enggan mendoakan yang terbaik untuk anaknya supaya  menutup mulut dan tidak menambah dosa.

“Saya tak kata pun anak saya tak salah. Dah itu pilihan dia, jadi biarlah dia lalui sendiri. Tak lalu tak tahu kan?

“Tak mahu mendoakan yang baik-baik, baik diam je dari tambah dosa okay,” ulasnya.

Meskipun ralat mengenai keputusan yang diambil Marissa untuk menjadi isteri kedua, namun Abby menerima kenyataan dan selalu menitipkan doa terbaik buat anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Salma Syahbuddin