Bakal Bergelar Bapa, Syafiq Farhain Tak Percaya Pada Imbasan Jantina Bayi – “Tunggu Bayi Keluar Dulu Sebab…”

Penyanyi Syafiq Farhain dan isteri, Alia Nadia sedang mengitung hari untuk menanti kedatangan cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, dia mengakui gementar untuk bergelar bapa namun pada masa sama tidak sabar.

Isterinya yang merupakan pengurusnya juga menjalani proses kehamilan yang normal seperti ibu mengandung yang lain.

“Dijangka lepas Raya ‘meletup’, Insya-Allah. Berdebar juga nak jadi bapa ni bila sentuh (perut) asyik kena tendang je.

“So far isteri saya okey, Alhamdulillah. Tiada masalah sangat dan alahan pun normal, tiada mengidam yang pelik-pelik,” kata Syafiq.

Disoal tentang jantina anaknya, dia memilih untuk tidak melakukan imbasan jantina bayi.

“Saya tunggu baby keluar (bersalin) dulu sebab saya fikir sebelum ni pernah ada kes scan perempuan, scan lelaki dan bila keluar lain. Jadi tak nak berharap sangat,” ujarnya.

Maya Basir