Hiburan By: SGMS Faida December 15, 2018 @ 12:12pm

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Pelajar perubatan, Sharifah Husna Syed Faizal muncul sebagai Juara Gadis Panca MyBeauty 2018 yang berlangsung, semalam.

Menurut Sharifah Husna, dia sama sekali tidak menjangka dengan kemenangan ini.

“ Sebenarnya saya baru habis menduduki peperiksaan pagi tadi dan sejurus tamat, saya bergegas ke sini (Dewan Besar Utusan).

“ Jujurnya saya kurang persiapan dan agak gementar bila berada di pentas. Ini kerana saya perlu berlakon menggunakan bahasa Istana memandangkan bahasa Malaysia saya juga tidak begitu fasih. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya hari ini,” katanya kepada xtra.com.

Difahamkan, pelajar berusia 25 tahun ini turut membuat penampilan dalam drama Raisha 2 dan Seribu Rindu. 

Pelajar dan pelakon sambilan ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Balkan, tiara dan trofi iringan.

Selain menerima hadiah fizikal, penyandang juara juga bakal ditawarkan kontrak lakonan di bawah agensi pengurusan A. Aida Talent & Management.

Beberapa penyanyi popular antaranya Sufian Suhaimi, Amelina, Wany Hasrita dan Syafiq Farhain turut memeriahkan majlis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Kongsi Tarikh Dengan PRU14, Bruno Mars Live In Kuala Lumpur Diteruskan!

Kepada semua pembeli tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, buat masa ini acara itu masih akan dijalankan mengikut jadual asal. Phew, lega kan?

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

SEBENARNYA LAGU QODY, BUKAN  BLACK!

Namun, terdapat beberapa masalah teknikal ketika lagu OST ini hendak dihantar kepada pihak produksi

Hiburan Wed, 11 Mar 2020