Categories: HiburanSelebriti

Bakal Lahirkan Anak Ketiga, Zizie Izette Mohon Doa Peminat!

Bakal melahirkan anak ketiga, pelakon Datin Seri Zizie Izette berharap proses kelahiran cahaya matanya nanti bakal dipermudahkan.

Dalam masa sama, Zizie menerusi Instagramnya meluahkan rasa syukur apabila proses kehamilan kali ini dipermudahkan.

“ Sudah sampai masa untuk melahirkan. Saya berterima kasih kepada Allah SWT atas kurniaan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan.

“ Sepanjang kehamilan blood pressure normal, tak ada diabetes, edema, preeclampsia dan sewaktu dengannya. Syukur.

“ Semoga Allah terus merahmati saya dengan kesihatan baik sehingga kelahiran nanti. Saya amat menghargai doa yang dipanjatkan untuk saya dan bayi dalam kandungan agar dipermudahkan urusan bersalin,” katanya.

Akui Zizie, dia berasakan perasaan takut menjelang proses melahirkan meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zizie sentiasa berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan urusan bersalin. 
 
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009 dan dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

SGMS Faida