Bakal Muncul Di Slot Samarinda, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Beto Kusyairy Dalam ‘Bunga, Aku Tunggu’ – “Fuh Hero & Heroin Hebat”

Sebut sahaja nama aktor berkaliber, Beto Kusyairy pasti ramai yang mengenalinya menerusi lakonan-lakonan yang mantap dan bagus.

Selepas kejayaan filem Imaginur, nama Beto seakan-akan terpahat di hati peminat dek kerana perwatakannya yang boleh dikatakan cool dan mesra.

Terbaharu, Beto sekali lagi menjadi perhatian apabila dia memaklumkan membintangi drama ‘Bunga, Aku Tunggu’ di Slot Samarinda TV3 tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Beto memuat naik poster rasmi drama ‘Bunga, Aku Tunggu’ yang bakal bersiaran pada 17 Mei depan jam 10 malam.

“Alkisahnya bermula Rabu ini.

“Temu janji kita di Slot Samarinda TV3 Isnin – Khamis jam 10 malam,” maklum Beto ringkas.

Ternyata perkongsian Beto itu memberi keterujaan kepada peminat-peminat yang sekian lama menanti kemunculan Beto dalam drama di TV3.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelakon Juvana itu. Manakan tidak, ramai meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan drama tersebut kelak.

Malah, ramai yang menyatakan drama-drama lakonan Beto wajib ditonton dan bagus.

Untuk info, drama ‘Bunga, Aku Tunggu’ turut dibintangi aktress cantik, Nelydia Senrose.

Bakal bersiaran 17 Mei depan, jangan lupa saksikan Bunga, Aku Tunggu di Slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 dan juga TonTon.

Khairil Khusyairi