Events By: Salma Syahbuddin December 2, 2019 @ 6:00pm

Bakal Tamatkan Zaman Duda, Eizlan Yusof Kahwin Wanita 29 Tahun

Akhirnya spekulasi mengenai status pelakon, pengarah dan produser popular, Dato’ Sri Eizlan Yusof  telahpun terjawab apabila beliau mengumumkan  bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville, 29 pada 12 Disember ini.

Selepas empat tahun menduda, Eizlan, 48, berkata beliau membuat keputusan untuk berkahwin dengan Natasha pada September lalu. 

Sumber : www.xtra.com.my

Menurutnya, keputusan untuk melamar Natasha diambil secara spontan dan sepanjang empat tahun usia perkenalan pasangan ini langsung tidak bercinta.

” Sekitar tiga bulan lalu, saya ambil keputusan melamarnya secara spontan dan Alhamdulillah dia menerima saya walaupun saya suka menyakat. Saya dan Natasha sudah lama berkawan, dan sepanjang perkenalan itukami tidak bercinta dan hanya berkawan rapat sahaja” 

Tambanhnya lagi, beliau memilih wanita berketurunan Serani ini sebagai pasangan hidup kerana, mendapat kebenaran dan restu dari anak-anaknya.

” Selalu prihatin terhadap anak-anak dan saya rasa itulah yang membuatkan saya fikir she is the one” Katanya.

Sementara itu, beliau tidak akan mendedahkan wajah bakal isterinya sehingga hari pernikahan mereka nanti.

Untuk info dan berita terkini mengenai perkahwinan Dato’ Eizlan dan Natasha Rosa Boudville yang akan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Disember ini, korang boleh layari mahligaicinta.my okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Wow! Menarik juga list yang disediakan oleh tema Xtra ni. korang boleh try nanti okay!

Hiburan Thu, 20 Feb 2020
LIFESTYLE Wed, 22 Aug 2018

Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tidur berdengkur boleh menjadi penyebab mood tidak baik kerana tidur tidak lena

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

TECH Mon, 20 Aug 2018
Featured Fri, 7 Apr 2023
error: Content is protected !!