Bakal Tampil Band Terkenal Malaysia & Indonesia, Tiket Festival Aku.Muzik&Kamu Terjual Lebih 50 Peratus Dalam Masa 24 Jam

Festival Aku.Muzik&Kamu yang telah menjadi viral di platform media sosial telah menjual lebih 50 peratus tiket dalam masa 24 jam selepas ia dibuka.

Festival Aku.Muzik&Kamu adalah festival muzik terbesar dan pertama di Johor Bahru yang mengumpulkan band-band terkenal Malaysia dan Indonesia yang akan memeriahkan Stadium Educity di Iskandar Puteri pada 20 Mei 2023.

Festival yang julung kali diadakan di Iskandar Puteri bakal menampilan kumpulan-kumpulan hebat seperti Ungu, Hujan, Bunkface, D’Masiv, Spider, 6ixth Sense, Kerispatih, Akim & The Majistret dan Insomniacks.

Ketua Eksekutif Coaction Events Sdn Bhd (CESB), David Emir Bareng berkata sebanyak 15,000 tiket konsert dibuka untuk jualan bermula 3 April 2023 dan sehingga 5 April 2023, lebih daripada 60 peratus telah terjual, dengan kategori Galau sudah habis dijual sepenuhnya.

Jualan tiket festival ini telah berjaya menarik minat pengikut genre rock indie yang telah lama menantikan konsert ini.

“Pihak kami gembira melihat sambutan yang kuat daripada peminat. Walaupun kami tahu bahawa konsert ini akan popular, kadar jualan tiket melebihi jangkaan,” kata Bareng.

Dia menambah bahawa CESB berkomitmen untuk membawa acara gaya hidup dan korporat yang berimpak tinggi ke kawasan tersebut.

Penyanyi utama Hujan, Noh Salleh, menyuarakan kegembiraannya untuk tampil di Johor kerana kali terakhir kumpulan itu tampil di sana adalah sebelum pandemik Covid-19.

“Kami mempunyai ramai peminat di selatan Malaysia, termasuk di Singapura dan Indonesia. Kami gembira dapat bekerjasama dengan CESB untuk membuat persembahan di Festival muzik Aku.Muzik&Kamu kerana ia akan disajikan dalam format yang sangat menarik, dan bersama-sama barisan band yang hebat,” kata Noh.

Walaupun pintu konsert dibuka pada jam 12 tengahari dan persembahan bermula pada jam 3 petang, stadium Educity dijangka meriah dengan aktiviti-aktiviti riadah dan pada masa yang sama turut berlangsung festival makanan “MaQan Space x Aku.Muzik&Kamu” yang mengumpulkan lebih 50 peniaga-peniaga yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan snek tempatan.

Acara ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Johor. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok @coactionmagic.

Co:action Events adalah syarikat perancangan acara dan kurator kandungan profesional yang menyediakan perkhidmatan sepenuhnya berasaskan gaya hidup.

Mereka komited untuk memastikan setiap butiran dilaksanakan dengan sempurna agar pelanggan tidak perlu risau. Co:action Events telah berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai acara, dari persidangan perniagaan dan makan malam yang melibatkan lebih daripada 1000 orang dan juga mesyuarat peribadi yang intim.

Untuk pertanyaan, hubungi Co:action Events di enquiries@coactionevents.com dan ikuti laman media sosial @coactionmagic di Facebook dan Instagram.

Nurul Hana