“Bala Lah Kepada Kau! Aku Takkan Ampunkan Kau Sebab Hina Keturunan Aku!” – Aishah Mengamuk, Azwan Ali Tuju Kata Kesat

Penyanyi Datuk Aishah berang selepas pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menghamburkan kata-kata kesat kepadanya menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X pada Isnin.

Tidak berdiam diri, Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, tampil membalas kenyataan tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya bersama tangkap layar perkongsian yang dimuat naik Azwan sebentar tadi.

Menurut Aishah, kali ini dia tidak akan berdiam diri memandangkan Azwan menyentuh dan mengaitkan keturunannya.

“Allahuakbar! Ya Allah ampunkan dosa-dosa hambamu yang lemah. Aku cuba bersabar. Aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis dengan kata-kata nista.

“This time saya mengambil serius kerana menyinggung dan mencuit keturunan dan keluarga saya. Please delete  Azwan Ali. Jangan sampai i have to take you to court.

“Kalau you rasa you boleh lepas di mahkamah dunia, i am telling you Inshaa-Allah pembalasan akan sampai. Kali ni awak sangat melampau!,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah juga berharap agar Azwan menerima pembalasan yang setimpal di atas perbuatannya.

“Kali ni awak sangat melampau! Saya angkat tangan tinggi mohon Allah beri pembalasan yang setimpal kepada awak. 

“Saya takkan ampunkan awak kerana menghina keturunan saya. Bala lah kepada kau Azwan Ali!,” jelasnya.

 

 

Salma Syahbuddin