Pelakon Norman Hakim berkongsi rasa lega dan teruja selepas hampir dua tahun melihat anaknya, Danish Hakim bertungkus-lumus mendapatkan lesen memandunya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman telah memuat naik foto bersama anaknya dan berbangga dengan pencapaian anaknya.
“Settled urusan JPJ. Selepas 1 tahun 6 bulan dengan on & off status belajar & test memandu sbb pandemik,dengan tempat belajar memandu tenggelam sbb banjir,akhirnya dapat jugak lesen untuk @danishhakimofficial 🤲🏻
“Congrats cayang! Dapat lesen B & D ni pun salah satu pencapaian hidup.Lepas ni kita ambik lesen aviation pulak k!,” tulisnya.
View this post on Instagram
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi kegembiraan tersebut serta berpesan agar anaknya dapat memandu dengan berhati-hati.
“Same here with my 2 sons. On n off for 1 year, at last dapat jugak last month. Alhamdulillah. Congrats Danish!
“Boleh jadi supir papa lepas ni
“Tahniah….berhati hati memandu bro
“Bangga tu..sis dulu dah dpt lesen memang hepi lah.. tahniah,” komen pengikutnya.