Bantu Bapa Kehabisan Minyak Motosikal Di Hari Pertama Persekolahan, Sikap Mulia Yana Samsudin & Fadzil Zahari Dipuji

Pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari tampil meraih pujian dalam kalangan peminat selepas membantu seorang bapa yang kehabisan minyak motor di hari pertama sesi persekolahan, semalam.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh lelaki yang bernama Amirul Ridzuan menerusi ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Yana di Instagram.

Menurut Amirul, dia tidak sangka kedua-dua pasangan itu sanggup membantunya menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah.

Malah, sikap mulia Yana dan Fadzil itu turut dipuji apabila mereka juga membantunya sehingga urusannya selesai dan sempat memberikan sumbangan kepada anak lelaki itu.

Menyedari luahan perasaan lelaki itu, Yana turut meluahkan rasa syukurnya dapat bertemu dengan lelaki itu dan mendoakan kesejahteraan buatnya sekeluarga diiringi tanda pagar pengorbanan seorang ayah.

“Ya Allah… kami suka Allah jodohkan kita bertemu! Demi Allah kami rasa seronok snagat pagi ni… ada lah tu awak doa apa apa pagi ni.. rezeki datang berbeza beza kan?

“Hahahaha jaga diri bersama family!! Satu je saya nak cakap… awak lah HERO sejati di mata anak anak awak!!!!!!! #PengorbananSeorangAyah semoga anak anak awak menjadi anak yang soleh amin amin,” tulisnya.

 

Fatin Nurain