Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Alhamdulillah, tahniah kepada suami Nora Danish, Nedim Nazri kerana berjaya memenuhi impian untuk membantu seorang bayi yang menderita akibat ekzema. Tercapai juga akhirnya, syukur…

Hasrat Nedim untuk membantu si kecil itu pernah disuarakan menerusi laman Instagram beliau sebelum ini.

Nedim pernah menyuarakan hasrat untuk membiayai kos rawatan bayi itu di hospital swasta, selain menampung perbelanjaan hotel dan pengangkutan untuk ibu-bapa bayi itu sepanjang berada di ibu negara.

Akhirnya, Nedim benar- benar mengotakan janjinya dengan membantu bayi yang menderita ekzema kronik itu menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.

Berita itu telah dikongsi bapa bayi terbabit, Danial Rayyan menerusi entri terbaru di Facebook, berserta gambar bersama usahawan terbabit, sebentar tadi.

“Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga,” katanya.

Status bapa bayi itu menerima pelbagai maklum balas positif daripada pengikut Facebook Danial Rayyan, malah mereka turut terharu dengan kesungguhan Nedim.

SGMS Faida