Hiburan By: SGMS Faida November 13, 2018 @ 3:46pm

Banyak Cabaran Untuk Saya Ke Tahap Ini – Joe Flizzow

Rapper terkenal Joe Flizzow memberitahu dia amat terharu dengan sokongan rakyat Malaysia yang mengundinya sehingga berjaya menggengam trofi Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018), minggu lalu.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak menyifatkan anugerah ini antara pengiktirafan terbesar dalam kariernya selepas menang di Anugerah Juara Lagu ke 29.

“ Jujurnya, saya memang tak sangka boleh menang kerana jika lihat pada sejarah pemenang bagi kategori ini, kebanyakannya dari negara Filipina atau Vietnam.

“ Bila nama saya diumumkan, pengurus saya turut mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Segala penat lelah berbaloi atas kemenangan ini kerana banyak cabaran untuk saya ke tahap ini,” katanya ketika ditemui di sidang media meraikan kejayaanya di Restoran Ana Ikan Patin, semalam.

Tambah Joe, kemenangannya juga banyak dibantu oleh penggiat seni industri serta peminat yang tidak berhenti menyokong karier seninya selama ini.

“ Saya memang aktif tentang pencalonan saya di MTV EMA 2018 dua minggu sebelum anugerah ini berlangsung.

“ Ketika berada di Bilbao, Sepanyol, saya berpeluang bertemu dengan ramai penyanyi dari Sepanyol, Perancis, Holland, Afrika dan banyak lagi.

“ Kesempatan itu juga digunakan mempromosikan Malaysia. Saya harap kemenangan ini dapat membuka mata pihak luar mendengar Hip Hop Malaysia.

“ Alhamdulillah, mereka juga suka dengan lagu Sampai Jadi malah mereka tertarik dengan bahasa kita yang dianggap unik,” katanya.

Menerusi kategori ini, Joe menewaskan enam pesaing iaitu Afgan dari Indonesia; IV of Spades (Filipina); Minh Hang (Vietnam); Slot Machine (Thailand); The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘Tiket Dah Habis Dijual’- Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer

Tolong jangan tertipu dengan scammer kerana tiket Siti Nurhaliza On Tour sudah habis dan hanya dijual di www.myticket.asia.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Tak Mahu Ingat Benda Lama, Tasha Shilla Kini Lebih Tenang

Pelakon jelita Tasha Shilla mengakui dirinya lebih tenang selepas mengorbankan beberapa perkara dalam hidupnya. Kata pelakon drama Kamar Kamariah ketika ditemui, Tasha memaklumkan dia kini dalam proses memulihkan kesihatan fizikal dan mental. “ Banyak perkara […]

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Sun, 12 May 2019

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Terbaiklah Alif & kumpulan Raihan, syukur Alhamdulillah!

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Fri, 21 Jun 2019