Hiburan By: Fatin Nurain June 25, 2024 @ 4:11pm

Bapa Along Spoon Sudah Maafkan Pemb*nuh – “Tapi Saya Tiada Keinginan Berjumpa Dia”

“Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi apa yang terjadi,” demikian kata bapa kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon, Shafiee Mohd. Yusof apabila diminta mengulas tentang individu yang membunuh anaknya.

Menurut Shafiee atau lebih mesra disapa Pak Engku, 75, pada awalnya dia sukar untuk menerima kenyataan dengan cara pemergian anaknya itu.

“Ini semua adalah ketentuan Allah. Pada awalnya saya rasa tidak boleh terima tetapi itu kesilapan saya.

“Selepas sekian lama saya cakap ‘Ya Allah, kaulah berkuasa dan aku terima segalanya’,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shafiee ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek, hari ini.

Shafiee bagaimanapun menegaskan dia tidak ada keinginan untuk bersemuka dengan pelaku meskipun sudah memaafkannya.

“Saya tiada keinginan untuk berjumpa. Hati ini sudah terluka, itu dia punya hal.

“Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada masalah pada saya.

“Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah,” ujarnya lagi.

Redha dengan takdir yang berlaku, Shafiee turut menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta.

“Setakat ini dia tiada datang minta maaf. Perasaan saya apabila pesalah sudah lepas tidak mengapa dia lepas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

“Lagi pula, ajal maut ketentuan Allah. Kalau ikutkan saya sihat walafiat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara,” jelasnya.

Sekadar info, bekas anggota polis Mohd Ya’cob Demyati telah didakwa membunuh Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Umum tahu, Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya sebelum itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Difahamkan, Along Spoon telah dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Pada 16 November 2023, Mohd Ya’cob  bagaimanapun telah terlepas daripada hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Bila Jenayah Ibarat Silang Kata Di Fikiran… Saksikan JIBRIL Bermula Malam Ini!

Drama Jibril mengisahkan seorang peguam tampan bernama Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa dan berkebolehan melakukan kesimpulan. Rugi kalau korang tak tengok tau!

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Featured Tue, 30 Aug 2022
Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Featured Wed, 10 Jul 2024