Hiburan By: Syafiqa Irdina March 5, 2020 @ 9:30am

Baru Bergelar Bapa Selama 37 Hari, Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur

Al-fatihah.

Adik kepada pelakon terkenal Yana Samsudin iaitu Muhammad Fahmi Harith Samsudin dilaporkan telah meninggal dunia semasa tidur pada petang semalam. Salam takziah diucapkan buat keluarga arwah. 

Berita tersebut telah disahkan oleh Yana sendiri melalui satu posting yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

Apa yang lebih menyayat hati, Allahyarham dikatakan baru sahaja bergelar ayah selama 37 hari dan ingin menikmati nikmat seorang bapa itu sendiri.

“Rupanya hari ini, aku kehilangan adik aku. Ya Allah, macam mana nak ada kekuatan diri ni. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik, baru jadi ayah 37 hari. Dik, ada bagitau Nana yang nak balik Yong Peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa kau balik dik. Kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya. Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. Achikamie yang meninggal masa tidur,” tulis Yana.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… ? Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

 
 
Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet, Masjid Besar Yong Peng, semalam. Jenazah sebelum itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum ke kampung halamannya di Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram

4 March 2020 : Assalamualaikum WBT… Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020) . . Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am – 11.30am. . . Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor di no 25 Jalan Kota Impian 3, Taman Kota Impian 3, 83700 Yong Peng Johor seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng Johor. . . Boleh hubungi abang iparnya @fadzilzahari 0126952969 dan adik nya @cikmudawannyx

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

 

Temui Nota Pesanan Arwah Buat Isteri Tercinta

Dalam pada itu, menurut Ustaz Faizal Khalid daripada Badan Khairat Kematian Bandar Setia Alam, beliau menemui sebuah  nota yang  dilekatkan di pintu bilik arwah menggambarkan betapa risaunya seorang isteri terhadap suami yang sedang berjauhan.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Repost–‎- ‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه. . Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa @fadzilzahari Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku. . Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 “Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya.” . Arwah meninggal dalam tidur. Sorg2 kat rumah. Isteri tengah dalam pantang kat kampung. Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.Tengok2 arwah dah terbaring kat atas katil. Baru2 ni ada juga 1 kes yang kami urus, meninggal macam ni. . Tapi, kes yang ni lain sikit. Suasana nya tu! ?Tak macam selalu yang kami uruskan sebelum2 ni. . Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih mcm tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam. . Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik! . Masa tengah nak ambil kain batik utk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah Allah. Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risau nya seorg isteri terhadap suami yang sedang berjauhan. ? . Aku capai kain batik, bila beralih ke bahagian kepala arwah baru aku perasan, ada sepasang baju baby kat tepi bahu arwah. Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. ? . Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata2. . Dgn bantuan jiran2, arwah telah dibawa turun dari apartment & selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Takde yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik! . Terima kasih semua yg hadir & membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah. . Aku X pernah kenal pon arwah ni. Tapi aku yakin, arwah merupakan org yang baik sepanjang hayat nya. . Salam takziah buat isteri arwah & keluarga Yana Samsudin. . Ustaz @faizal.khalid_ Badan Khairat Kematian, Bandar Setia Alam

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Sekali lagi, salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga arwah dan juga Yana Samsudin. Semoga keluarga tabah dengan pemergian ini. Didoakan agar Arwah sentiasa dilindungi dan dirahamati Allah s.w.t selalu.

Sumber: Instagram Yana Samsudin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Jun 2022

Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Moga lepas ni tiada lagi kisah yang diungkit mengenai hubungan cinta mereka.. Kita kena hormat permintaan mereka

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Alhamdulillah! Syoknya dapat baby lagii 🥰🥰

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Sedih…Isma Mengaku Bukan Lagi Isteri Zul 2 By 2

Isma yang kini menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya memberitahu soal kesetiaan antara sebab dirinya tidak lagi mahu bersama lelaki terbabit.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Terpengaruh Drama Korea, Achey Belikan Isteri Telefon ‘Flip’ Skrin

Gara-gara terpengaruh dengan drama Korea Selatan, pelawak terkenal, Achey menghadiahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sebuah telefon baharu jenis ‘flip’ skrin. @anne_achey21 Pengaruh cerita korea kuat sangat 😅 #samsungzflip4 ♬ bunyi asal – Anne_achey21✅ […]

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Fattah Amin dan Fazura Bernikah Secara Senyap

Belum lagi pulang dari umrah sudah terdengar lagi khabar angin katanya pasangan ini sudah bernikah secara senyap! Apa pun tunggu sahaja kepulangan mereka dan sidang media yang akan diadakan nanti

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

约定你12月10日《原制原创大满秀》槟城站!

由ntv7、八度空间以及网络电视tonton主办的2017年《原制原创大满秀》第二站,将于12月10日,早上7时至中午12时在槟城占领土库街盛大举行!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024