Baru Berusia 5 Tahun, Aaisyha Dhia Rana Pilih Tema Black Pink ! Wow!

Wow! Sakan anak bongsu pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang sendiri memilih tema ‘BlackPink’ iaitu kumpulan K-pop terkenal Korea untuk majlis hari jadinya yang ke-5 yang jatuh pada 1 November lalu. 

Majlis diadakan di McDonalds Mutiara Damansara dan menurut Rozita atau lebih mesra dipanggil ‘Che Ta’ amat mudah mengadakan majlis hari jadi di situ kerana semuanya telah disiapkan oleh pihak McDonalds Malaysia. 

“Happy birthday sayang mummy @aaisyahdhiarana111. Aaisyah dah siap request tema tahun ni blackpink. So mummy dah siap-siap ikut tema blackpink untuk Aaisyah na…” ucap Che Ta dalam kapsyen entri instagram tersebut. Pandai betul Aaisyah! Kecil-kecil dah tahu apa yang dia mahu.

Aaisyah yang berpakaian ala ahli bintang K-pop kegemarannya Blackpink nampak begitu seronok berposing dan bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya di majliis itu. 

Selaku anak perempuan bongsu dengan dua abang yang sudah dewasa, Aaisyah dilimpahi dengan kasih sayang oleh keluarganya. Memang nampak manja sangat Aaisyah dengan ibu, ayah dan kedua abangnya melalui perkongsian foto-foto di akaun instagram @rozitachewan1 dan @aaisyahdhiarana111

Semoga Aaisyah membesar menjadi seorang anak yang solehah, dan sentiasa diberi kesihatan dan keberkatan oleh Allah swt. 

Sumber Foto: Instagram @rozitachewan1

Del14