Hiburan By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 2:40am

Baru Sebulan Bercinta, Justin Bieber Bakal Berkahwin?

Wow! Jangan patah hati ya jika korang peminat Justin Bieber. Penyanyi pop remaja terkenal ini dilaporkan bakal berkahwin tak lama lagi.

Memetik laporan web selebritit TMZ, penyanyi popular ini telah melamar kekasihnya, Hailey Baldwin, selepas mereka baru saja keluar dating selama sebulan.

Bieber yang baru berusia 24 tahun itu, dilaporkan melamar Baldwin, 21, ketika makan malam di sebuah restoran di Bahamas. Sweetnya!

Laman web itu yang memetik saksi yang berada di dalam restoran terbabit, berkata pasukan keselamatan Bieber mengarahkan mereka menyimpan telefon bimbit masing-masing ketika penyanyi itu melamar kekasihnya.

Namun, wakil Bieber tidak memberikan maklum balas mengenai berita berkenaan, tetapi ahli keluarga pasangan itu mendakwa laporan mengenai lamaran itu adalah benar.

“Rasa bangsa adalah satu perkara remeh. Sebenarnya teruja untuk bab seterusnya,” kata bapa penyanyi itu, Jeremy Bieber di Instagram yang turut memuat naik gambar anak lelakinya itu.

Sementara itu, ibu Bieber, Pattie Mallette, sekadar memuat naik mesej ‘Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta’ di Twitternya.

Baldwin, seorang model adalah anak perempuan aktor, Stephen Baldwin, manakala ibunya, berasal dari Brazil. -AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

Featured Wed, 6 Sep 2023
Events Fri, 8 Mar 2019

Co-labs Coworking Celebrates Women’s Day by Spreading Love and Goodness

What better way to show women they’re appreciated than to give them gifts of adoration.