Hiburan By: Del14 October 16, 2019 @ 11:31pm

Baru Sehari Sudah 8 Juta Pengikut, Penangan IG Jennifer Aniston!

Ratu filem genre romantik komedi dan bintang sitkom Friends, Jennifer Aniston akhirnya mencipta akaun Instagram pagi semalam dan walaupun baru sehari membuka akaun media sosialnya itu, beliau sudah pun mempunyai lebih dari 8 juta pengikut!

Foto pertama yang dimuat naik Jennifer yang membahasakan dirinya ‘Jen’, adalah foto bersama rakan-rakannya dari sitkom  yang melonjakkan namanya di Hollywood iaitu Courtney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer dan foto tersebut kini meraih lebih dari 9 juta ‘likes’!

 
 
 
View this post on Instagram

And now we’re Instagram FRIENDS too. HI INSTAGRAM ??

A post shared by Jennifer Aniston (@jenniferaniston) on

 
“Dan sekarang kami ‘kawan’ di Instagram juga.  Hi Instagram,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto tersebut. 
 
Bukan itu sahaja, Jennifer juga telah berkongsi ‘instastories’ dari rakan-rakan artis yang lain yang telah mengalu-alukan kedatangannya di Instagram seperti Reese Witherspoon, Dolly Parton, Courtney Cox dan Matt LeBlanc.
 
 
 
Nampaknya, ramai orang yang teruja kerana Jennifer sudah mempunyai akaun instagram! Lihat sajalah komen-komen yang membanjiri foto tunggal di dalam akaunnya ini!
 
 
 
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Thu, 3 May 2018

Gambar Bogel Adam Lee Dalam Aplikasi Homoseksual?

Gambar separuh bogel tersebut walaubagimana pun tidak pernah dilihat sendiri olehnya. Walaupun, ada diantara rakan-rakannya pernah bertanya mengenai hal tersebut

Featured Wed, 15 Jun 2022

Jual Gambar Lucah Di Media Sosial, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara & Denda RM 50,000 Jika…

Ishhhh…. macam ni pun ada? Baik jual tauhu begedil ke, kek lapis ke….

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Terima Kasih Kerana Awak Dah Timbulkan Satu Lagi Masalah” – Ciapan Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Hmm siapa yang buat Mimi Lana ni? 🤬 Min harap segala urusan Mimi akan dipermudahkan ❤️‍🔥

Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧

Featured Fri, 26 May 2023