“Bawa-Bawa Bincang Perangai Jantan Tu” – Pesanan Spontan Suami Reen Rahim Buat Ramai Geli Hati

Gelagat suami kepada pelakon Reen Rahim, Hazim Zainal tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mendengar pesanannya ketika menghantar aktres itu untuk ‘out station’.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Reen menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Meskipun tegas memberi pesanan kepada isteri, Hazim turut mempamerkan sisi penyayangnya ketika Reen berat hati untuk tinggalkannya sebelum memasuki perkarangan lapangan terbang.

“Tempat orang jaga diri okay. Jangan nakal-nakal. Jangan buat perap sangat perangai Klang tu. Bawa-bawa bincang perangai jantan tu. Jangan nak bantai orang je. Elok-elok okay,” katanya.

Terhibur mendengar pesanan spontan suami aktres itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

@reenrahimmy #reenrahim #reenrahimhygienewash #reenrahim #hazreentilljannah @ReenRahimHygieneWash @HAREE88 ♬ 不想躲在家 – Subyub Lee

Terdahulu, Reen dan Hazim telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.Gelagat suami kepada pelakon Reen Rahim, Hazim Zainal tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mendengar pesanannya ketika menghantar aktres itu untuk ‘out station’.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Reen menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Meskipun tegas memberi pesanan kepada isteri, Hazim turut mempamerkan sisi penyayangnya ketika Reen berat hati untuk tinggalkannya sebelum memasuki perkarangan lapangan terbang.

“Tempat orang jaga diri okay. Jangan nakal-nakal. Jangan buat perap sangat perangai Klang tu. Bawa-bawa bincang perangai jantan tu. Jangan nak bantai orang je. Elok-elok okay,” katanya.

Terhibur mendengar pesanan spontan suami aktres itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Terdahulu, Reen dan Hazim telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.

Fatin Nurain