Bawa Isteri Naik Helikopter Sempena Birthday, Ucapan Ryzal Ibrahim Kepada Maryam Undang Tawa – “Caption Cari Maut Ni”

Pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas mempamerkan momen manis mereka ketika menaiki helikopter bersama, baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Ryzal telah memuat naik videonya membawa isterinya, Maryam menaiki helikopter sempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang lebih mesra disapa Durian Kimchi itu kelihatan sangat bahagia ketika menyambut ulang tahun bersama sambil menikmati keindahan alam dari udara.

“Happy 41st Birthday Sayang,” tulisnya.

@ryzalibrhmHappy 41st Birthday Sayang

♬ Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan ucapan ulang tahun yang dibuat untuk isterinya.

Malah, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya yang turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada Maryam.

 

Fatin Nurain