Bawa Watak Penyondol, Lakonan Niena Baharun Berjaya Buat Ramai Menyirap!

Pelakon Datin Niena Baharun kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama rantaian TV3, Bukan Puteri Lindungan Bulan selepas sekian lama menyepi.

Bukan itu sahaja, kemunculan Niena menerusi drama arahan Pali Yahya ini sekali gus berjaya mengubati kerinduan dalam kalangan peminatnya.

Malah, watak penyondol yang dijayakan oleh aktres itu menerusi drama ini juga berjaya membuat rata-rata penontonnya menyirap dan geram.

Niena telah memegang watak sebagai Tengku Farah yang merupakan isteri kedua Zafir, lakonan Hisyam Hamid.

Demi mendapatkan perhatian daripada Zafir, Farah sering mencari helah setiap kali suaminya pulang ke rumah isteri pertamanya, Lara (Janna Nick) agar dia kembali kepangkuannya.

Terdahulu, Niena telah memuat naik sedutan episod 33 menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

“Farah cuba yang terbaik untuk bahagia kan suami. Sorry Zafir,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya geram dengan sikap tamak dan pentingkan diri Farah.

Selain Niena, drama Bukan Puteri Lindungan Bulan ini juga turut dibintangi oleh Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan Zarina Zainuddin.

Orang ramai boleh menonton drama ini menerusi Slot Samarinda, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam, di TV3.

 

Fatin Nurain