Featured By: Khairil Khusyairi April 12, 2023 @ 5:45pm

Bebas Tuduhan Rogol, Da’i Syed Kenang Momen Pahit – “Saya Dipandang Serong, Dipulaukan Keluarga & Masyarakat”

Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengimbas kembali momen pahit yang dilaluinya berdepan tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun pada 2020.

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful turut mendedahkan dia kehilangan punca pendapatan dan kerjayanya.

“Saya sering dipandang serong oleh beberapa ahli keluarga, teman-teman dan masyarakat. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, saya dipulaukan oleh mereka.

“Sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya katakan saya menjalani hidup seperti biasa sepanjang tempoh itu. Saya kehilangan punca pendapatan serta ruang untuk saya mengembangkan kerjaya.

“Tetapi, alhamdulillah, satu pintu yang ditutup untuk saya itu, Allah buka 1,000 lagi pintu.

“Bagaimanapun, ia tetap menghantui ke mana sahaja saya pergi sehingga untuk saya menikmati dan mengecapi kebahagiaan total itu sukar sebab rasa macam bawa beban itu ke mana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Da’i Syed tak dapat mengungkapkan perasaannya saat dibebaskan daripada tuduhan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, kelmarin.

“Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apapun, saya lega kerana akhirnya saya boleh menutup episod pedih ini dan membuka lembaran baharu. Alhamdulillah.

“Syukur alhamdulillah, ia juga (ujian itu) mengajar saya erti sabar dan lebih tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan,” jelasnya.

Pada Isnin, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dai Syed Syukur Nama Sudah Dibersihkan Selepas 3 Tahun Berjuang – “Tepat 19 Ramadan, Saya Dilepaskan & Dibebaskan”

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Zen俊倩首创作单曲献已逝挚友!过度感触录音被迫中断

Zen俊倩首推创作单曲《早一点知道》作品献已逝挚友,过度感触录音被迫中断!

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Featured Mon, 16 Jan 2023