Hiburan By: Padin May 24, 2022 @ 6:59pm

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Gunung Ledang The Musical Dibatalkan

Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan.

Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka.

“Kepada peminat dan penyokong PGL yang kami hargai, setelah meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan.

“Kepada semua pemegang tiket, kami amat menghargai sokongan dan timbang rasa anda. Berikutan pembatalan ini, kami akan mengembalikan bayaran pembelian tiket secara berperingkat bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022,” tulis pengendali akaun.

Menghulurkan maaf kepada mereka yang lama menantikan teater ini, Enfiniti juga memohon agar semua pembeli tiket bersabar menanti proses pemulangan wang.

“Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online. Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung.

“Kami merendah diri memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang ditercetus disebabkan pembatalan ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang atas kesabaran dan pertimbangan anda pada waktu yang tidak terduga ini. Kami berharap agar anda akan terus menyokong industri seni persembahan,” tulis mereka lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Wed, 19 Sep 2018
Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Mon, 4 Jul 2022

Hajat Paling Terindah, Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Alhamdulillah, seronoknya 🥰 Untung dapat tunai Haji di usia yang sangat muda 🥹🥹 Rezeki paling indah 🤩

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Saya Tak Sanggup Dah…”- Nabila Huda Ajak Selebriti Kurangkan Post Gambar Peribadi

Jaga-jaga bila menulis komen, INGAT, banyak mata yang memandang…

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ribut Kencang Di Oklahoma, Backstreet Boys Pesan Simpan Tiket!

Hal ini turut disahkan oleh jurucakap di tempat kejadian, Kym Koch Thompson di mana runtuhan pintu gerbang ke arena konsert disebabkan ribut kencang. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…