Featured By: Maya Basir December 6, 2022 @ 7:56pm

“Beberapa Langkah Nak Naik Pentas” – Chombi Pengsan Sebelum Membuat Persembahan Gara-Gara…

Penyanyi remaja, Chombi yang terkenal dengan lagu Sayunk I Love You dikejarkan ke hospital gara-gara pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan mStar, bapa Chombi iaitu komposer Harry Khalifah memberitahu hasil pemeriksaan mendapati bahawa Chombi mengalami masalah tekanan darah rendah.

Menurut Harry, anaknya baru sahaja pulih dari demam dan keadaan di karnival tersebut membuatkan dirinya tidak selesa merupakan antara faktor lain.

“Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang. Sebenarnya dia baru lepas baik demam, di samping datang bulan.

“Ditambah pula kehadiran orang ramai serta pancaran lighting yang panas membuatkan dia rasa tak selesa.

“Sebelum rebah, Chombi ada beritahu pandangannya gelap, tahu-tahu dah pengsan,” ujarnya.

Namun, Harry bersyukur apabila Chombi segera dibantu seorang jururawat yang kebetulan berasa di acara itu sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Menerusi perkongsian di Instagram Chombi, dia memohon maaf pada peminatnya di Taiping kerana tidak dapat membuat persembahan di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sitimaryam_chombi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Sep 2022
Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Tue, 9 Aug 2022

“Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

“Dulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat“ – Elyana

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Ziana- Armin Bercerai Talak Satu

20 tahun berkongsi kasih, saya tidak berdendam kerana saya bukan orang begitu. Saya sudah lama maafkan dia. Untuk Kak Ziana, semoga terus kuat untuk anak-anak…

LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

HERE’S THE PERFECT USA ROAD TRIP ROUTE ALL PLANNED OUT FOR YOU

Planning a travel route isn’t easy – especially especially road trips. Well, you don’t need to crack your head so much because this guide is all you need.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Jika Filem Itu Gagal, Saya Rasa Bersalah’- Wan Hanafi Su Mohon Penonton Malaysia Ubah Mentaliti

Pelakon Wan Hanafi Su adakala berasa ‘ralat’ apabila terlibat dengan sebuah filem yang jalan ceritanya baik namun gagal mendapat sambutan di pawagam. Namun begitu, pelakon berusia tahun tidak terkejut memandangkan rata-rata penonton filem tempatan hanya

Featured Thu, 11 Mar 2021

Pengecualian, Diskaun 50 Peratus Dilanjutkan Bagi…

Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa kepada penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan. Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, pelanjutan inisiatif

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020

Tradisi Mantai Diteruskan, Ikut Prosedur PKP

InshaaAllah semuanya jadi mudah bila ikut prosedur PKP.

Featured Thu, 25 Jan 2018

10 Makanan Kekal Awet Muda

Kekal awet muda menjadi idaman ramai wanita. Hati mana yang tidak berbunga-bunga apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Ketika ini banyak makanan atau suplemen tambahan yang boleh didapati di pasaran untuk kekal awet muda. Bagaimanapun, ada cara semulajadi yang lebih menjimatkan.

Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

| Live TV