Hiburan By: Khairil Khusyairi June 18, 2024 @ 1:30pm

Anak Bekas Madu Miera Leyana Mahu Tinggal Bersama Ibu & Adik-Beradik Lain 

Bekas madu pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 51, memfailkan tuntutan ubah perintah interim hadanah (sementara) terhadap anak keempatnya, Nur Anisa Rosland, 13, yang berada di bawah penjagaan bekas suami, Rosland Othman, 51.

Menurut laporan Harian Metro, Adibah bertindak membuat tuntutan berkenaan terhadap Nur Anisa berikutan remaja itu sendiri meluahkan hasratnya untuk kembali menetap semula bersama ibu dan empat adik-beradik yang lain.

Adibah sebelum ini akur dengan perintah mahkamah yang mana hak penjagaan interim, Nur Anisa dimiliki bekas suaminya, Rosland, namun apa yang cuba dilakukan sekarang bertitik-tolak daripada permintaan anaknya itu.

“Tujuan saya memfailkan tuntutan ubah interim hadanah untuk Nur Anisa ini disebabkan permintaannya sendiri (Nur Anisa) yang meluahkan kepada saya sejak Januari lalu, di mana dia mahu duduk bersama saya dan bersekolah dekat dengan rumah kami.

“Berkali-kali juga Anisah memberitahu saya mengenai hasratnya itu apabila pulang ke rumah ketika cuti persekolahan. Jadi, sebagai ibu sudah pasti saya inginkan yang terbaik untuk anak terutama kebajikan, keselamatan, kesihatan mental dan emosi stabil.

“Saya tak mahulah anak trauma kerana Nur Anisa ada juga berkongsi pelbagai kejadian hingga dia sendiri yang tidak mahu pulang ke rumah bapanya sejak balik di rumah saya pada cuti persekolahan, 24 Mei lalu,” katanya kepada Harian Metro di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Adibah, dia bagaimanapun tidak mendapat kerjasama daripada bekas suaminya apabila Rosland dikatakan membantah ketika perbincangan tertutup bersama Hakim Syarie, Zuraidah Ayob.

Dalam pada itu, Adibah juga memberitahu dia ada membuat laporan polis berhubung keputusan Nur Anissa yang tidak mahu lagi pulang ke rumah bapanya dengan kerelaan hati sendiri

“Saya membuat laporan polis pada 4 Jun lalu apabila Nur Anissa memang sudah tidak mahu pulang ke rumah bapanya, Rosland dan ingin tinggal bersama saya serta adik-beradik yang lain.

“Laporan polis itu dibuat kerana saya tidak mahu didakwa menjadi penghasut kepada Nur Anissa hingga dia tidak mahu balik ke rumah bapanya, sedangkan ia atas kerelaan sendiri ,” katanya ditemani tiga anak, Nur Anisa, Nur Liyana, 19, dan Nurin Tasnim, 12.

Sementara itu, Rosland hadir bersama ibu mentuanya, Aisah Abdullah serta diwakili dua peguam, Datuk Seri Amli Embong dan Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates.

Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan interim untuk dua daripada tiga anaknya selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac tahun lalu.

Dua anak iaitu Nur Liyana dan Nurin Tasnim memilih untuk tinggal bersama Adibah, manakala Nur Anissa pula memilih menetap dengan bapanya, Rosland.

Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 12 hingga 27 tahun.

Rosland bagaimanapun berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Madu Miera Leyana Syukur Menang Kes Nusyuz, Bukti Bukan Isteri Derhaka – “Macam-Macam Usaha Kami Buat…” 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiri Miera Leyana Dedah Nombor Telefon Masih Kena Block Dengan Bapa, Kereta Mini Cooper Juga Ditarik – “Saya Tak Terkejut Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Miera Leyana, Rosland Othman Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Apr 2021

Bantuan Sebanyak RM950,000 Buat Golongan B40 -TNB

bantuan buat B40 di negeri Perlis…

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini Dalam Ghosting

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni rapper baharu Indonesia, Ben Utomo. Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 […]

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

10 Filem Melayu Dengan Kutipan Terendah Sejak Ditayangkan

Mungkin bukan kerana kualiti filem itu sendiri, namun masing-masing menampilkan kelebihan tersendiri. 

Trending Sat, 29 Jan 2022

“Saya Beranikan Diri DM IG Selepas Melihat Dia Di Melodi TV3” – Dilamar Di Madinah, Zulin Aziz Bakal Nikah 20 Februari 2022

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz, 33, bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari ini. Zulin dan Farhan selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat dalam satu majlis yang diadakan di […]