Featured By: Khairil Khusyairi November 22, 2022 @ 8:13pm

Bekas Suami Penyanyi Dangdut Pukul & Tendang Isteri Dipenjara 3 Bulan, Majistret Nasihatkan: “Isteri Adalah Pendamping, Bukannya Punching Bag”

Bekas suami penyanyi yang juga ahli perniagaan, Reduan Mahamood, 58, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kajang kerana memukul dan menendang isterinya.

Memetik laporan Bernama, Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Nik Siti Norazlini turut menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama kepada sesiapa sahaja termasuk isterinya.

“Kes ini bukan sahaja berkepentingan awam malah kepentingan kepada mangsa dan anak yang turut terlibat…saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Seorang isteri adalah pendamping bukannya punching bag,” katanya.

Reduan didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adrina Mohd Ariff, 45, dengan memukul dan menendang mangsa menggunakan tangan dan kaki di rumah mereka di Batu 9, Cheras, pada 5.13 petang 14 November lalu.

Reduan yang diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang mempunyai dua anak telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

“Tertuduh menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang memerlukannya membeli ubat serta perlu kerap pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan selain dia penanggung utama keluarga,” kata Mohd Shafiq.

Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa hadapan.

Pada 19 November lalu, Harian Metro melaporkan polis menahan bekas suami penyanyi dangdut yang memukul isterinya selepas laporan dibuat dan kejadian itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Sumber: Bernama & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Events Fri, 12 Oct 2018

Marina Mahathir Launches Women Empowerment Event Second Year in a Row

It’ll be filled with amazing stories, talks, and experiences like no other.

Events Tue, 12 Nov 2019

Fauziah Latiff Kembali Galas Tanggunggjawab Besar Dalam ‘Mahathir The Journey’

Wah, tak sabar rasanya nak tengok perjalanan kisah hidup Tun M!

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Siap Sedia! Luncai Emas Bawakan TAMASYA ANAK MUDA 3 November Ini

Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda, jom!

Events Sat, 27 Aug 2022

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Masing-masing sangat profesional! Tahu untuk bezakan hal peribadi dan kerjaya 😊

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Fizz Fairuz Tak Tertekan Walaupun…

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin bersyukur sehingga kini bakatnya masih dilihat oleh penerbit dan pengarah tanah air. Bercakap mengenai perkembangan terbaru, Fizz bakal tampil dengan drama Kamar Kamariah menerusi slot Zehra. Dalam drama ini, Fizz berganding dengan pelakon hebat, Nabila Huda.

Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini,

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.” Katanya

| Live TV