Hiburan By: Del14 September 9, 2019 @ 1:20pm

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Ini bukan kali pertama beliau ditahan polis dan didakwa atas kesalahan memiliki dadah. Kali ini bekas vokalis kumpulan yang popular di zaman 90-an itu ditahan lagi.  Pada lebih kurang jam 11.30 malam, polis telah menahan penyanyi yang berumur 41 tahun itu dan seorang lagi rakannya kerana menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135 di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru dalam keadaan yang mencurigakan. 

 

Berikutan penahanan itu, pihak polis telah menjumpai satu paket dadah yang dipercayai jenis syabu di dalam dompet penyanyi tersebut.  Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mereka gagal ujian saringan awal air kencing setelah didapati kedua-duanya positif dadah.  

 

Penyanyi ini dijadualkan untuk menjayakan konsert reunion bersama ahli kumpulannya di Stadium Malawati, Shah Alam dan di Singapura bulan hadapan. Beliau juga pernah menyertai sebuah program hiburan realiti sebelum ini.
 
 
Penahanan bekas vokalis itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad tetapi beliau enggan mengulas lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan. 
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang

Muzik video Temberang diinspirasi daripada muzik KPOP manakala lagu pula ada unsur Dangdut Arabic. Jangan cakap ciplak muzik KPOP pula okay…

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Fri, 22 Oct 2021

Selebriti Tanah Air Sambut Baik Pelancaran Keluarga Malaysia

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan selebriti tanah air. Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang

Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

《春天花啦啦!》收视告捷破10点

八度空间原创强档贺岁电视剧《春天花啦啦!》自开播以来深受剧迷们的喜爱,第五集于2月12日(星期一)更刷下收视最高点10.5点佳绩,是本地电视剧时段“搬家”以来最高的收视点!

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Datuk Seri

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi, 36, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Melangsungkan pernikahan pada jam 11.11 pagi tadi, Heliza sah menjadi suri hati kepada Mahadi dengan sekali lafaz di

| Live TV