Hiburan By: Padin June 23, 2024 @ 5:47pm

Belajar Di Rumah, Tuisyen Jadi Rahsia Alyssa Dezek Dapat 100% Ujian Diagnostik Subjek Akaun – “Kadangkala Saya Tak Datang Sekolah Kerana…”

Penyanyi dan pelakon remaja Alyssa Dezek, 16, terkejut selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik subjek Prinsip Perakaunan sebelum memasuki tingkatan empat.

Menurut Alyssa, sebelum ujian diagnostik subjek terbabit, dia membuat sesi latihan di rumah dan menyertai sesi tuisyen PTTI kerana mahu mendapat keputusan cemerlang supaya dia boleh memasuki aliran perakaunan.

“Alhamdulillah, memang benar, saya dapat markah penuh untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan. Sebelum boleh menyertai mana-mana aliran, pelajar tingkatan empat harus menjawab ujian diagnostik.

“Sebelum ujian itu memang saya berusaha bersungguh-sungguh, saya tak memilih untuk belajar aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah aliran perakaunan. Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI dan sangat bersyukur boleh memperoleh 100 markah,” katanya.

Giat merencana aktiviti seni serta sibuk membahagiakan masa antara pelajaran dan kerjaya, Alyssa yang juga merupakan Ikon PTTI mengakui pilihannya untuk mengikuti kelas tuisyen di PTTI banyak membantunya dalam pelajaran.

“Saya kini belajar di sekolah swasta. Sejujurnya, kadang-kadang saya ‘lost’ kerana tuntutan kerja, saya tak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Tetapi apabila saya berada di rumah dan mempunyai masa lapang, saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI.

“Kalau tak sempat menyertai sesi live tuisyen di PTTI, saya akan habiskan masa untuk menonton semula sesi rakaman. Walau saya sibuk pun, pelajaran tetap saya utamakan dan saya mahu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Alyssa ditemui XTRA pada Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 di Hotel Le Meridien, Putrajaya sebentar tadi.

Dalam pada itu itu, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI sekali lagi melakar kejayaan apabila mencatat peningkatan membabitkan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2023 iaitu seramai 243 orang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana, jumlah itu meningkat 98 peratus daripada SPM 2022 seramai 123 pelajar.

“Untuk statistik, pelajar yang menerima ‘straight A’ pada tahun ini adalah seramai 243 pelajar di bawah PTTI berbanding tahun lalu iaitu seramai 123 pelajar. Maksudnya peningkatan sebanyak 98 peratus.

“Tahun lalu juga kami menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM. Ada peningkatan berganda tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 564 pelajar dilipih menerima anugerah berdasarkan lima kategori yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, untuk Majlis Inspirasi SPM PTTI, kami memberi anugerah kepada 564 pelajar dalam lima kategori. Kategori pertama adalah pelajar yang menerima ‘straight A’, kedua bagi pelajar yang mendapat semua A kecuali satu subjek.

“Kategori ketiga pula untuk pelajar yang mendapat 6A dan ke atas, keempat kami bagi kepada pelajar yang ada peningkatan daripada gagal ke A dalam mana-mana subjek dan kelima bagi pelajar yang ada peningkatan drastik dalam mana-mana subjek diambil untuk SPM,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah duta dan ikon PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Apr 2021

Drama Bersiri Terkenal ‘Nur’ Bersiaran Di Indonesia

Drama bersiri ‘Nur’, karya yang pernah mencetus fenomena dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi di TV3 dan digital, melebarkan tayangannya ke Indonesia melalui kolaborasi Sistem Televisyen Malaysia Berhad dengan MNCTV. Melalui perjanjian tersebut, ‘Nur’ musim […]

Trending Fri, 13 Apr 2018

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Namun menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun. Aik, mana satu yang betul ni?

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri.

Featured Wed, 24 Feb 2021