Featured By: Halimey Zamal November 15, 2022 @ 12:27pm

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah.

@hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka adik-adik dari SK Pulau Indah semua power-power belaka siap boleh beatbox!♬ original sound – hazwanihelmi

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsikan oleh Hazwani di akaun TikTok miliknya, mereka telah mendapat tepukan gemuruh pelajar yang teruja dengan bakat beatbox Hazwani.

Bahkan, Hazwani tidak sendirian kerana aksinya itu ditemani oleh salah seorang pelajar yang dikenali sebagai Hadif untuk melakukan beatbox bersama.

“Al kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka adik-adik dari SK Pulau Indah Semua power-power belaka siap boleh beatbox!” tulisnya.

Namun apa yang mencuit hati warganet ialah kehadiran seorang pelajar lelaki yang berdiri di sebelah Hazwani yang sangat teruja menepuk tangan apabila mendengar bakatnya itu.

“Adik tu tepuk macam nak tercabut tangan, punyalah excited,” tulis seorang warganet.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata wargamaya teruja mendengar beatbox daripada Hazwani dan mengakui aktivis kemanusiaan itu seorang yang serba boleh.

“Hazwani memang berbakat, nyanyi pun sedap. Sama macam kakaknya,” tulis warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 700,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Trending Wed, 8 Feb 2023
Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Video Wed, 11 Sep 2019
Trending Mon, 16 Aug 2021

Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas menerima peletakan jawatannya tengah hari tadi. “Ia adalah tugas yang terhormat. Saya akan terus jalankan tugas sebagai […]