Hiburan By: SGMS Faida July 8, 2019 @ 8:00pm

Beli Kereta Mewah Hasil Menyanyi, Tahniah Ismail Izzani!

Penyanyi Ismail Izzani, memberitahu kereta mewah Mercedes-Benz yang dikongsi di akaun Instagram baru-baru adalah impiannya untuk memiliki kereta tersebut melalui hasil titik peluh sendiri.

Menurut pemuda berusia 19 tahun itu, ia sebagai ganjaran untuk dirinya sepanjang hampir tiga tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

“Fasal kereta itu dalam proses untuk mendapatkannya, saya happy hasil titik peluh sendiri dan sokongan daripada orang tua saya sepanjang berkarya dalam industri ini,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ismail yang ditemui di The Culture, Stadium Nasional Bukit Jalil, tampil dengan imej terbaharu berkata, ia sekadar mencuba sesuatu yang baharu.

“Stail baharu, memang sengaja nak simpan rambut curly macam ini walaupun nampak macam maggie blackpepper.

“Tapi saya selesa dengan rambut sekarang sebab tak terlalu kemas sangat, suka serabai sikit,” katanya berseloroh.

Mengenai karier nyanyian, Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.

“Lagu dalam proses nak siap dah, sementelah itu saya tengah buat latihan menari untuk muzik video,” kongsinya teruja.- Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 May 2019

Hadiah Untuk Peminat Ramadan Ini, Siti Nurhaliza Rakam Lagu Kerohaniaan

Apa yang boleh saya beritahu saya bakal berduet dengan penyanyi lelaki dan juga seorang penyanyi wanita,

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.