Featured By: Attiqah Mohd July 27, 2021 @ 9:13pm

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengganggap tindakan kedua-dua pelakon itu melampaui batas dan tidak menggunakan logik akal ketika meluahkan kata -kata.

Tebaru, menerusi laman Instagram, pendakwah PU Amin turut mempertahankan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Menurutnya, pengorbanan DG Hisham kepada rakyat adalah tidak ternilai. Beliau bukan sahaja bergadai nyawa, malah beliau telah berkoban masa dan tenaga demi memastikan negara berjaya melawan penularan wabak Covid-19.

“Ini bukan drama petang petang boleh minta letak jawatan gitu je.”

Dalam hantaran itu, PU Amin turut berdoa semoga Allah SWT memelihara dan memberi kekuatan kepada semua petugas barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh utama negara ketika ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah

Events Tue, 4 Dec 2018

Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Wah, free cendol for everyone…Jom ke empat lokasi terpilih bermula Sabtu ini!

Hiburan Fri, 14 Feb 2020

[VIRAL] Isteri Allahyarham Abam Banyak Diamkan Diri, Ibu Pula Sukar Tidur Malam

Moga Allahyarham beroleh keampunan Allah s.w.t dan ditempatkan bersama para solehin. Amiinn.

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Doakan Mamat Khalid…

Jom doakan agar Abang Mamat kembali sihat seperti biasa dan dapat menghasilkan karya-karya hebat di masa akan datang. Insya Allah…

Trending Wed, 7 Apr 2021
Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Events Mon, 2 Dec 2019

| Live TV