Hiburan By: Padin March 15, 2023 @ 4:24am

Bella Astillah Harap Nurul Shuhada Dapat Bangkit – “Orang Paling Kecewa Adalah Ibu Bapa Kerana…”

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah berharap agar bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dapat bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.

Pernah bertemu dengan Shuhada dan berkongsi cerita, Bella mendoakan agar Shuhada tidak putus asa dan kuat demi anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

“Saya kata kepada Shuhada, dia harus ‘keep going’. Teruskan melangkah. Apa sahaja keputusan Shuhada, ramai akan berada di belakang Shuhada untuk menyokong.

“Saya harap sangat Shuhada dapat bangkit semula kerana saya tahu orang yang paling kecewa adalah ibu bapa Shuhada kerana melihat anak mereka diperlaku sebegitu.

“Saya titipkan pesanan, jangan putus asa dan rendah diri serta tidak memendam apa yang terbuku di hatinya,” kata Bella.

Tambah isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ini, dia bersyukur kerana wanita kuat itu telah memulakan perniagaan sendiri.

“Saya gembira melihat dirinya yang kini sudah hendak mulakan perniagaan. Kuat demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya usaha yang dia mulakan ini akan menemui hasil terbaik dan semoga Shuhada terus maju jaya.

“Sebelum ini, saya dan Shuhada memang ada berhubung. Dia ada memberitahu masalah yang dihadapi, namun saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Biar saya simpan sendiri sahaja.

“Shuhada ada minta pendapat dan nasihat, tapi saya selalu beritahu Shuhada, apa-apa pun, dia perlu ikut kata hati dan terus cekal kerana saya hanya boleh beri semangat sahaja,” katanya.

Bella ditemui di pelancaran koleksi Spring / Summer 2023 jenama antarabangsa Aigner di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Bella dan Aliff, acara itu turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Ruhainies, Hafreez Adam, Atiq Azman, Bella Dowanna, Izzue Islam, Dini Schatzmann dan ramai lagi.

Model terkemuka, Georgia May Jagger menjadi wajah kempen jenama ini dan peminat boleh mendapatkan koleksi terbaharu mereka di Pavilion KL, Suria KLCC dan Lalaport BBCC KL.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Aug 2019

ATM Bank Diletupkan, RM300,000 Lesap

Ganas juga sekarang ni perompak, mesin ATM pun nak dirompak

Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan

Hiburan Fri, 29 Apr 2022

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Min pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau dik 🤣🤣🤣

Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia

Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua

Featured Tue, 23 Nov 2021

Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan. Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

| Live TV