Hiburan By: SGMS Faida March 31, 2019 @ 3:12pm

Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Pelakon Bella Dally selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Wan Mohd Aslan Wan Salleh.

Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan dulang, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu termasuk beberapa rakan artis.

Antara artis yang turut hadir ialah Elfira Loy dan Mira Filzah yang turut menjadi pembawa dulang hantaran bagi pihak perempuan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di kediaman keluarga Bella di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016 namun disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 25 Apr 2019
Featured Thu, 2 Feb 2023

Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

Min faham apa yang Remy lalui itu 😢 Semoga semuanya baik baik saja buat hero jejaka Malaya kita nii 💪🏻

Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Featured Fri, 3 Sep 2021

KKM Bincang KPM Wajibkan Guru Ambil Vaksin

Susulan terdapat isu sesetengah guru yang menolak vaksin, Kementerian Kesihatan dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana langkah […]

Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Thu, 17 May 2018

西城秀树骤逝!心脏衰竭享寿63岁

以翻唱《YMCA》走红的日本殿堂级歌手西城秀树,曾在2003及2011年两度中风,造成右半身麻痹后遗症,不过2016年克服身体不适;没想到17日传出他因心脏衰竭骤逝,享寿63岁。