Hiburan By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 2:30pm

“Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah reda dengan perceraian bersama bekas suaminya, Aliff Aziz yang berlangsung di  Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Menurut Bella, dia akui tidak mampu melawan takdir Yang Maha Esa biarpun sering memberi peluang untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Dan berakhirlah kisah kami.Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik.

“Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

“Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang,” tulisnya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia mengakui tidak ada rasa menyesal dengan kehidupannya sebaliknya menerima dengan ketentuan Ilahi.

“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua.

“Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua,” coretnya lagi.

Nukilan sedih itu diakhiri dengan ucapan tahniah Bella kepada aktres kontroversi, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan rumah tangganya.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.

“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

“Jalan terus, Dayang Ara Nabellah,” tutupnya.

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Thu, 14 May 2020

PKPB Raya, Ini Cara Kembalikan Mood Hari Raya Seperti Di Kampung

Mood hari raya masih on kalau korang lakukan lima perkara ni..

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…

Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Tue, 31 Dec 2019