Belum Bertemu Jodoh, Atikah Suhaime Tak Kisah Lambat…

Selepas pertunangannya dengan penyanyi Awi Rafael putus hanya beberapa hari sebelum sepatutnya diijab kabulkan awal tahun ini, hati pelakon kelahiran Singapura ini masih belum berpunya. 

Menitipkan ucapan tahniah kepada kawan karibnya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Atikah Suhaime berkata “Jodoh tu biar lambat, yang penting benar. Dan kamu telah menjumpai pasangan terbaik buat mu. Alhamdullillah, tahniah sahabat karibku.”

 

Mungkinkah pelakon Poskad Dari Alhambra ini sedang berpesan pada dirinya sendiri supaya tidak terburu-buru untuk mengejar cinta? Mungkinkah juga dia akan mengambil masa untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki yang ingin menyuntingnya suatu hari nanti? Sama-samalah kita doakan jodoh yang terbaik buat Nur Atikah Binti Mohd Suhaime.

Baru-baru ini rakaman Atikah dengan satu stesen radio menjadi buah mulut netizen apabila Atikah mengatakan bahawa lelaki idamannya mestilah berperut buncit!

Baca: Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Del14