Hiburan By: SGMS Faida March 31, 2019 @ 3:32pm

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Mendirikan rumah tangga pada awal Disember lalu, pelakon Pekin Ibrahim mengaku kini melalui fasa bahagia bersama isteri tercinta, Mona Allen.

Pekin ketika ditemui di malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) malam tadi memberitahu dia dan isteri masih belum berkesempatan untuk berbulan madu.

“ Disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya seni, saya dan Mona masih belum ke mana-mana untuk bulan madu.

“ Kalau ikut perancangan, Mona mahu ke Santorini. Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

semalam di festival filem malaysia ke 30 . tahniah di ucapkan kepada semua calon dan pemenang . terutama kepada geng geng @_nam_ron_ @bront_palarae . di atas kemenangan besar filem #onetwojagamovie . tahniah utk semua team #onetwojaga dan terus kan buat filem . terima kasih juri-juri & finas . tahniah juga kepada @itsmenickdavis utk kemenangan smlm . kak @umieaida9 congrats . tak sia sia menunggu dukun nak keluar lama . akhir nya . @kupu_kupu congrats abil . baek . @antiloque congrats . congrats seluruh team skop production & @syamsulyusoffilm utk film box office ffm30 . kita tunggu mat kilau plak . p/s : thank u @bonzainal3003 utk baju saya ? , and @mona.allen u look stunning baby ?

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim sebelum ini jarang berkongsi kisah peribadinya bersama pelakon wanita yang kini menjadi suri hatinya.

“ Dua tahun bercinta, melihat kematangan Mona yang sangat memahami kerjaya saya membuatkan saya mengambil keputusan mengahwininya.

“ Kami sudah kenal lama sejak zaman shooting iklan lagi cuma dua tahun kebelakangan ini baru serius. Saya yang mengambil langkah pertama mengajaknya keluar,” katanya.

Pekin juga menyifatkan Mona sebagai wanita yang sangat matang dan berdikari.

“ Dua tahun bercinta dia sangat faham diri saya yang bukan jenis suka berkepit 24 jam. Kerjaya adalah keutamaan saya, dia sangat memahami dan tidak pernah melenting,” akhirinya.

Hubungan cinta Pekin dan Mona sebelum ini jarang diperkatakan di media massa. Gambar perkahwinan mereka yang tersebar di media sosial mengejutkan warganet dalam masa sama sebilangan besar gembira dengan berita perkahwinan pasangan ini.

Wartawan: SGMS Fas/ Nabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 31 Mar 2018

Ganjaran Hebat Menanti Anda Di CJ Wow Shop!

Rangkaian membeli belah popular Malaysia, CJ Wow Shop telah mengumumkan pelancaran ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, para pelanggan CJ WOW layak menyertai karnival membeli belah dari rumah yang turut menampilkan beberapa siri promosi selama sebulan menerusi CJ WOW SHOP

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Sat, 14 Jul 2018

恐山脚下男孩915演唱会成「绝唱」粉丝热烈续涌现购票

成军25周年的山脚下男孩,5月份正式宣布25周年《都有你在》演唱会;开票短短一个月时间,门票已售45%,接近半数的门票被「山脚粉」抢购,可喜可贺!

Featured Wed, 1 Dec 2021
Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Pelakon Popular Mengandungkan Wanita Muda Hingga Lahir Anak

Betul ke pelakon popular ini mengandungkan wanita muda hingga kelahiran anak luar nikah. Kalau betul kesian pada wanita muda itu kerana menanggung sendirian

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Raja Afiq Bangkit Selepas Ditimpa Kontroversi

Biarpun kontroversi yang terpalit amat pahit untuk diterima, namun dia tidak mahu terus menerus membebani diri dengan perkara tersebut.

Events Fri, 19 Aug 2022

“Sila Datang Berjumpa Saya” – Alicia Amin Buat Protes di KLFW Tuntut Keadilan

Berani kerana benar! Tak semua berani tuntut keadilan macam Alicia ni.

| Live TV

error: Content is protected !!